Edaran risalah dan sumbangan kebajikan PAS Pasir Gudang

- Advertisement -

PASIR GUDANG: PAS Kawasan Pasir Gudang telah mengadakan program edaran risalah penerangan dan sumbangan kebajikan dalam Dun Johor Jaya dan Dun Permas, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program tersebut dalam rangka mendekati para pengundi dalam parlimen tersebut, selain mendapat maklum balas semasa berkaitan isu serta permasalahan dihadapi penduduk.

Edaran risalah di Taman Sri Pandan dan Taman Sri Amar dalam Dun Johor Jaya diketuai sendiri oleh Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd dan disertai sama Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Johor, Kumuta Rahman.

Manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Permas, Muslimin Bahari mengetuai edaran dalam Dun tersebut yang diadakan di Taman Air Biru.

Sumbangan kebajikan pula digerakkan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pasir Gudang, Ab Aziz Abdullah yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Pasir Gudang di Kampung Belantik dalam Dun Johor Jaya.

Kehadiran rombongan beliau disambut dan diiringi sendiri bekas Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Belantik menyantuni warga asnaf di situ.-HARAKAHDAILY 30/1/2018

- Advertisement -