PAS Tawau rasmi serentak Mesyuarat Cawangan-cawangan

- Advertisement -

TAWAU: PAS Kawasan Tawau buat julung kalinya telah melangsungkan perasmian serentak Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan yang diadakan di PASTI Nurul Najah 1, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Majlis tersebut menghimpunkan semua Ketua dan Ahli Jawatankuasa dari PAS Cawangan Taman Ria, Cawangan Apas dan Cawangan Ranggu di mana disempurnakan perasmian oleh Yang DiPertua PAS Tawau, Muhamad Hussain.

Dalam ucapannya, beliau mengimbau sejarah penubuhan PAS Tawau pada 1986 yang menyaksikan semangat juang dan ketabahan orang terdahulu merintis perjuangan PAS di daerah itu.

Beliau melahirkan harap agar PAS Tawau dapat menambah cawangan baharu, selain menyeru seluruh bersiap siaga untuk memenangkan calon PAS pada PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

Beliau turut membaca perutusan dari Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada para perwakilan dan pemerhati.
 
Majlis itu juga mengenang Ahli Jawatankuasa PAS Tawau, Allahyarham Ustaz Zakaria Abd Rasyid yang telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Januari baru-baru ini. –HARAKAHDAILY 29/1/2018

- Advertisement -