Mutiara Nasihat: Kembali kepada Islam

- Advertisement -

Pendakwah, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menyebut:

- Advertisement -

Ulama ini satu kedudukan yang dimuliakan oleh Allah. Allah nak muliakan. Ilmu yang ada ini, ilmu yang Allah bagi kepada kita pada hari ini, hasil daripada apa? Hasil daripada Allah yang kurniakan. Bila Allah kurniakan kepada kita ilmu, tentu suatu hari nanti Allah cabut, nak buat macam mana?

Saya ingat Tok Guru saya, Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dia cerita tentang mengenai satu peristiwa berlaku di kalangan seorang alim, ini mukmin Pakistan ke India, dia cerita. Suatu hari, dia bangun daripada tidur dia, dia tak ingat 30 juzuk al-Quranul Karim. Dia bangun daripada tidur, dia terlupa habis ilmu yang dia hafal. Al-Quran yang dihafal 30 juzuk itu, tak ingat langsung, nak baca Fatihah pun tak boleh. Dia menangis, dia menangis.

Saya ingat lagi dia cerita, dia menangis dan dia menangis. Dia sebut ya Allah, pulangkanlah kepada aku al-Quran ini. Pulangkan kepada aku al-Quran ya Allah. Aku takut kalau sekiranya al-Quran ini dah tak ada. Allah pulangkan dua surah. Dua saja Allah pulangkan. Yang pertama Fatihah, dan Allah pulangkan al-Ikhlas.

Bila Allah pulangkan dua surah ini, dia uli tepung ustaz. Dia uli tepung, kemudian dia berdiri tepi jalan, dia masakkan roti tepung tadi dibuat roti, diagih-agihkan kepada setiap orang yang lalu-lalang kerana dia suka dia telah dipulangkan oleh Allah dua surah. Yang dia telah hafal 30 juzuk, hilang 30 juzuk, ingat hanya dua surah dalam diri dia. Ini nak sebutnya dalam satu malam.

Hidup kita ini, ilmu yang ada pada kita ini siapa yang bagi? Allah. Allah yang kurnia. Bila Allah kurniakan, balik semulalah apa yang kita ikrarkan, dalam solat kita, kita ikrar dalam solat kita, kita sebut apa dia?

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ 

Oleh kerana kita sebut demikian, semuanya kita buat kerana Allah. Bila kita buat kerana Allah dalam hidup kita, maka apa yang ada pada kita dikurniakan oleh Allah.

 

Ikuti teks suntingan dan transkrip dari ucapan beliau pada Himpunan Munajat Perdana MyAqsa Putrajaya 27 Januari di  Dataran Putrajaya, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disiarkan di ruangan E-Harakah dengan melanggan eHarakah (Eksklusif Harakah) – HARAKAHDAILY 29/1/2018

- Advertisement -