AHRAC mahu hidupkan sukan sunnah Nabi

- Advertisement -

MARANG: Seramai 80 peserta dari Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu menyertai Pertandingan Memanah Tradisional Piala Presiden PAS yang dilangsungkan di Rusila, di sini semalam.

- Advertisement -

Program julung kali itu dianjurkan oleh Kelab Menunggang Kuda dan Memanah Alternatif (AHRAC) Malaysia dengan kerjasama Dewan Tok Guru.

Pengerusinya, Norafendi Zabiri berkata, AHRAC mahu menjadikan aktiviti berkuda dan memanah sebagai salah satu seni bela diri, selain juga merupakan aktiviti riadhah seperti acara sukan-sukan lain.

“Jika kita memanah untuk sukan, kita akan berlatih untuk kita masuk pertandingan atau sukan. Memanah ini juga untuk kita riadhah. Kita mahu, bila sebut AHRAC sahaja orang akan ingat PAS.

“Kita sebagai gerakan Islam, tidak tertinggal atau ketinggalan untuk menjadi penggerak utama bagi memaju dan mengembangkan sukan ini. Khususnya kepada para pemuda kita, anak-anak di PASTI dan lain-lain.

“Sukan ini boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyihatkan badan selain mengamalkan sunah Nabi (Muhammad) S.A.W. Harap masyarakat boleh menyokong dan mendokong usaha kita ini,” ujarnya.

(Ikuti kupasan lanjut mengenai aktiviti ini dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat nanti)

- Advertisement -