Adun Tepoh sentiasa hargai nelayan

- Advertisement -

KUALA NERUS: Pada setiap tahun musim tengkujuh warga nelayan yang terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh tidak pernah dilupakan oleh wakil rakyatnya sejak lima tahun lalu.

- Advertisement -

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata setiap tahun pada bulan Januari warga nelayan akan diberi sedikit sumbangan.

Katanya, pihak Majlis Tindakan Dun (MTD) Tepoh tidak pernah mengabaikan golongan nelayan yang tidak dapat ke laut pada musim tengkujuh ini.

Menurutnya, proram bersama para nelayan itu berkonsepkan kekeluargaan dan santai sambal minum petang.

“Ini program tahunan kita (PAS) bersama nelayan yang berada dalam Dun Tepoh. Kita ada seramai 200 orang nelayan pelbagai kategori keseluruhan. Ada yang ke laut di Mersing, di Kuantan tetapi dia orang asal sini (Tepoh),” ujarnya. –HARAKAHDAILY 30/1/2018

(Ikuti kisah lanjut berkenaan dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat nanti)

- Advertisement -