Tuan Guru rasmi Sidang Meja Bulat Ulama MyAqsa

- Advertisement -
PUTRAJAYA: Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyampaikan ucapan perasmian sempena Sidang Meja Bulat Ulama Sedunia, di sini hari ini.
 
Beliau mengutarakan situasi semasa mengenai isu sikap dunia khususnya Amerika Syarikat terhadap Baitul Maqdis yang telah diisytiharkan kuasa dunia itu sebagai ibu negara Israel.
 
Sehubungan itu, dalam ucapan penuh semangat itu, beliau antara lain mengingatkan umat dan para pemimpin Islam mengenai kepentingan kesatuan ummah ke arah pembebasan Baitul Maqdis.
 
Persidangan khas berkenaan dianjurkan khusus oleh Malaysia bertujuan membincangkan situasi terkini yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin.
 
Hadir sama Mursyid Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin; Setiausaha KUIS, Dr Ali Qurah Daghi dan Dr Nawwaf Takruri sertabeberapa ulama besar dunia yang lain.
 
Sidang Meja Bulat Aqsa itu diadakan sempena Karnival MyAqsa dan kemuncaknya malam ini akan diadakan himpunan serta amanat oleh Tuan Guru Abdul Hadi. – HARAKAHDAILY 27/1/2018
- Advertisement -