Kuah rojak untuk suri rumah jana pendapatan

SANDAKAN: Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa) PAS Kawasan Batu Sapi telah menganjurkan kelas membuat kuah rojak yang diadakan di Kampung Tabah Baru, di sini semalam.
 
Inisiatif program tersebut diadakan bertujuan membantu para suri rumah dari kampung tersebut untuk menjana pendapatan keluarga mereka.
 
Para peserta diberi pendedahan oleh Naib Ketua Muslimat PAS Kawasan Rembau, Rusilah Md Som yang berpengalaman dengan resepi kuah rojak tradisi Negeri Sembilan.
 
Menurut Ketua Muslimat PAS Kawasan Sandakan, Norfaezah Junaidi, kemahiran yang diterapkan itu bertujuan supaya para suri rumah itu dapat menjalankan perniagaan kecil-kecilan.
 
Maklum beliau, pihak Muslimat PAS juga akan menggerakkan lebih banyak usaha sedemikian bagi membantu golongan wanita terutama kelas berkaitan masakan dan bakat. – HARAKAHDAILY 27/1/2018