Waspada bahaya serangan pemikiran

- Advertisement -

HULU TERENGGANU: Umat Islam hari ini diingatkan agar lebih berwaspada dengan bentuk serangan pemikiran yang cuba ditanam bagi melemahkan Islam selepas serangan ketenteraan.

- Advertisement -

Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, musuh-musuh Islam telah melancarkan serangan baharu bagi merosakkan pemikiran umat Islam.

Menurutnya, terdapat beberapa eleman yang cuba diterapkan agar kekuatan umat Islam itu dapat dilemahkan.

“Umat Islam menghadapi serangan baru setelah berlakunya serangan ketenteraan. Mereka (musuh) melancarkan serangan pemikiran.

“Pertama, mereka menjalankan gerakan Tansiriyah; iaitu gerakan menasarakan orang Islam. Dan kedua, gerakan Taghribiyah iaitu membaratkan orang Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Ijtimak Pondok dan Pusat Pengajian Islam Terengganu di Pondok Ibtidai, Batu 22, Jalan Kuala Berang, Hulu Terengganu, di sini semalam.

Katanya, bagi menjayakan misi tersebut pihak musuh-musuh Islam cuba menerapkan kefahaman itu dalam bidang pendidikan dengan membina sekolah-sekolah misionari.

Sekolah-sekolah tersebut ujarnya adalah sekolah Kristian sama ada jajahan Inggeris, jajahan Belanda, jajahan Perancis untuk mengkristiankan orang Islam.

(ikuti kupasan dan pendedahan lanjut tersebut dengan mendapatkan Harakah cetak edisi Isnin di pasaran nanti) – HARAKAHDAILY 26/1/2018

- Advertisement -