PAN tutup lemah dengan perlekeh pihak lain

nik abduh1
- Advertisement -
KUALA  LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan perlekehan Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad bahawa Presiden PAS angkuh adalah tindakannya untuk mempertahankan parti PAN.
 
 
Menurutnya, PAN kini dilihat semakin lemah sehingga terpaksa tunduk dan akur dengan keputusan komponen parti Pakatan Harapan (PH) yang bila-bila masa sahaja boleh dijerkah dan diherdik oleh rakan sekutunya.
 
 
“Angkuh adalah lebih baik daripada lembik dan cair di hadapan musuh politik sehingga sedia dicucuk hidung dan dilihat hina. Ia pernah ditunjukkan oleh seorang Sahabat (R.A) yang memperaga watak angkuh di medan jihad lawan musuh lalu dipuji oleh Rasulullah S.A.W.
 
 
“PAS hanya diperlekeh dan dibenci oleh musuh politiknya, tetapi PAS disanjung dan disegani oleh seluruh rakyat. Ia bukan kerana angkuh dan sombong tetapi kerana sifat rahmah, benar dan istiqamahnya dengan agama dan perjuangannya,” tegas beliau.
 
 
Tambah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu, tuduhan Khalid yang mahu Presiden PAS membuang sikap angkuh jika mahu terus dihormati jelas menunjukkan sifat benar daripada PAS terhadap PAN dan sekutunya. 
 
 
“Biarlah begitu sehingga masanya musuh bertukar menjadi kawan dan begitulah sebaliknya. Allah kekal dengan kehendak-Nya yang maha pasti,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/1/2018
- Advertisement -