Mencari ketenangan dengan bersedekah

- Advertisement -
BERSEDEKAH merupakan tuntutan sepanjang zaman buat semua ummat tidak kira apa jua latar belakang agama dan budaya. Lebih-lebih lagi Islam sangat memandang tinggi amalan bersedekah. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai ‘infaq‘ yakni membelanjakan harta pada jalan Allah. Selain itu, sirah Nabawiyyah juga banyak bercerita tentang perbuatan infaq dan sedekah yang telah menjadi kebiasaan Nabi Muhammad S.A.W dan para Sahabat R.A.
 
Justeru sudah pasti ganjarannya juga bukan sekecil-kecil perkara kerana amalan ini sangat dituntut. Di sini boleh disimpulkan antara kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang bersedekah ialah:
1. Menguatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
2. Mendapat ganjaran pahala
3. Bertambah rezeki dan memperoleh keberkatan
4. Menyembuhkan penyakit
5. Memberi ketenangan hati dan kebahagiaan
6. Melahirkan rasa syukur
7. Terhindar dari sifat kedekut
8. Melatih berfikiran positif dan adil
9. Terhindar dari sikap keduniaan dan materialistik
10. Menjauhkan diri dari sifat sombong
 
Pahala bersedekah jika dilakukan hanya kerana Allah S.W.T pasti akan mendapat ganjaran kebaikan di dunia dan pahala yang berkekalan di akhirat kelak. Walaupun sedekah yang diberikan nilaian yang kecil.
 
Allah S.W.T berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, setiap tangkai mengandungi serratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas rahmat kurnia-Nya, lagi Luas ilmu pengetahuan-Nya.”
 
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan mengajak dan menyeru orang ramai untuk terus menyumbang kepada pihak kami. Sumbangan dan derma anda kami akan gunakan sebaiknya untuk program-program kebajikan di seluruh negara termasuklah buat golongan OKU yang semakin disisihkan.
 
Sumbangan umum boleh terus disalurkan ke Akaun DANA KAMI PRIHATIN Bank Islam 1211 3010 02 6150 – HARAKAHDAILY 26/1/2018
- Advertisement -