Mahathir ‘Mat Jenin’ moden – Ir Khairil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas tindakan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mutakhir ini semakin kerap menyerang khasnya Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Malah kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin, pihaknya melihat bahawa Tun Mahathir sendiri bagaikan ‘Mat Jenin’ yang berangan-angan menerajui semula negara walaupun rakyat tahu bahawa beliau seorang ‘Tokoh Kleptokrasi’.

Di zaman pemerintahan Mahathir kata Ir Khairil, bekas Perdana Menteri itu terbukti merompak kekayaan negara untuk kemahuan diri dan anak-anaknya serta bersifat zalim kepada kawan dan lawan.

“Angan-angan Mat Jenin Mahathir yakni berhasrat untuk memerintah kembali dengan harapan madahnya ‘Melayu Mudah Lupa’ akan diadaptasi oleh rakyat bagi ‘melupai’ segala titik-hitam di era pemerintahannya. Lucu dan ajaib angan-angan Mat Jenin era baru ni. Usianya telah lama, tapi politiknya masih berhingus lagi,” tempelak jurutera muda itu.

Beliau turut membidas telahan Mahathir yang menyatakan kononnya hasrat PAS menerajui negara sebagai ‘Angan-angan Mat Jenin’ kerana baginya PAS berhasrat menerajui negara ini berteraskan pembawakan Islam yang sebenar.

(ikuti kupasan lanjut di Harakah cetak terbaru edisi Isnin nanti) – HARAKAHDAILY 26/1/2018

- Advertisement -