Atasi segera masalah simpang bahaya Pmtg Badak

- Advertisement -
PIHAK berwajib di daerah Kuantan perlu segera menyelesaikan masalah persimpangan Permatang Badak di Bypass Pandan menghalakan ke Bandar Kuantan berikutan telah banyak kemalangan berlaku termasuk melibatkan kehilangan nyawa.
 
Sistem trafik yang bermasalah dilihat menjadi punca kemalangan berikutan kenderaan yang laju di laluan Bypass dari arah Pandan, tidak dihentikan bagi membolehkan kenderaan daripada Permatang Badak memasuki laluan Bypass dengan selamat.
 
Permasalahan di persimpangan Permatang Badak ini sering dipersalahkan kepada kecuaian manusia. Oleh itu, penyelidikan daripada pihak yang berkaitan seperti Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) perlu dilakukan bagi mencari titik penyelesaian terhadap masalah ini. 
 
Isu ini telah lama disuarakan oleh penduduk setempat, namun alasan kedengaran yang menjadi penghalang kepada tindakan adalah belanjawan. Seharusnya kerajaan negeri tidak menggadaikan nyawa pengguna jalan raya hanya kerana kekurangan baget. 
 
Adakah berbaloi kerajaan menggadaikan nyawa pengguna hanya kerana kekurangan bajet? Sebagaimana moto kerajaan iaitu sifar kemalangan, usaha perlu dilakukan antaranya pembinaan jalan raya bertingkat, meletakkan polis trafik, atau membina lampu isyarat.
 
 
USTAZ MOHD TARMIZI YAHAYA
Yang DiPertua PAS
Kawasan Paya Besar
26 Januari 2018 | 9 Jamadil Awwal 1439 – HARAKAHDAILY 26/1/2018
- Advertisement -