PAS sedia gantikan kuasa kufar dengan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Tindakan Amerika Syarikat bertindak mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel merupakan petanda negara kuasa besar itu akan runtuh, demikian menurut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin.

- Advertisement -

Merujuk kepada kejatuhan Empayar Firaun, Kerajaan Numrud dan kejatuhan kafir Quraisy di Makkah, beliau menjangkakan Amerika akan menjadi kuasa besar seterusnya yang akan tumbang setelah cubaan negara itu untuk menjatuhkan Empayar Islam di Palestin.

“Sekarang Amerika telah pun dilihat sebagai kuasa besar yang boleh buat apa sahaja yang ia suka. Tetapi bila dia mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel, ia telah dibangkang oleh majoriti negara-negara lain.

“Namun Amerika Syarikat tidak ambil kisah dan diteruskan juga. Bagi saya, apabila Amerika bertindak sedemikian, itu adalah petanda bahawa Amerika akan runtuh dan akan digugurkan kuasanya seperti ini, malah digantikan dengan kuasa yang lain,” ujarnya yakin.

Menyeru supaya mengambil iktibar itu, PAS katanya perlu bersedia memimpin urusan manusia berteraskan manhaj yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T sekiranya berjaya memerintah negara.

Sehubungan itu beliau berharap umat Islam membuat persediaan dari sekarang untuk memastikan kuasa kuffar seperti Amerika Syarikat digantikan dengan kuasa Islam. HARAKAHDAILY 25/1/2018

- Advertisement -