Ekonomi; politik alat AS-Israel untuk hapus Palestin

- Advertisement -
PENYELESAIAN masalah Palestin dan konflik Arab-Israel sedang dikejar dari berbagai sudut. Salah satu sudut yang paling penting yang mungkin kurang ditangani sejauh ini, adalah untuk menyelesaikan masalah ini dengan perang ekonomi.
 
Menurut al-Akhbar yang diterbitkan oleh Beirut dalam sebuah memorandum bertajuk Ekonomi Politik Penyelesai Masalah Palestin dan Konflik Arab-Israel, mengkaji salah satu aspek yang paling penting dalam isu Palestin yang selama ini telah diabaikan.
 
Penulis laporan itu, Mohammad Delbah, menuliskan, ketika Perjanjian Oslo yang ditandatangani pada tahun 1990 oleh Yasser Arafat, ketua Pihak Berkuasa Palestin dengan Yitzhak Rabin, ketua kabinet rejim Zionis, kerajaan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Bill Clinton, merancang untuk melaksanakan sebuah rancangan dan dia mula melaksanakannya. Rancangan Amerika-Israel yang bertujuan untuk mewujudkan Ketenteraan Moden di Asia Barat.
 
Dalam memorandum ini ditulis, “Untuk memenuhi permintaan ini, persidangan antarabangsa yang pertama bertajuk Sidang Kemuncak Ekonomi di Asia Barat dan Afrika Utara telah diadakan di Maghrib, di Bandar Dar al-Bayda pada akhir Oktober 1994, tiga tahun selepas Persidangan Madrid.”
 
Selepas persidangan di Dar al-Bayda, sidang ini diadakan tiga kali lagi dari 1995 hingga 1997 di Kaherah, Amman dan Doha. AS menggambarkan pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk menghadapi perubahan dramatik di rantau ini, serta peluang terbaik bagi pelabur asing untuk mempelajari kemampuan ekonomi serantau yang memiliki 300 juta pengguna.
 
Selepas perjanjian Oslo telah menetapkan asas normalisasi hubungan antara Pertubuhan Pembebasan Palestin dan Jordan dan sebelum itu Mesir dengan rejim Zionis, serta persetujuan beberapa negara Arab seperti Tunisia, Maghribi, Qatar, Oman dan Bahrain untuk mewujudkan hubungan politik dan membuka pejabat koordinasi dengan rejim Zionis, kenyataan terakhir sidang kemuncak itu secara rasmi mengumumkan ‘kemasukan’ dua tahap politik dan ekonomi dalam hubungan Arab-Zionis.
 
Kesemua pertemuan dan inisiatif praktikal yang digunakan dalam hubungan Arab-Israel ditumpukan kepada penubuhan komunikasi yang strategik dan bertaktik antara negara-negara Arab, terutamanya sheikh-sheikh Arab di Teluk Parsi dengan rejim Zionis dalam rangkaian hubungan ekonomi yang luas di semua bidang.
 
Matlamat dari rangkaian dan hubungan seperti ini adalah membina ekonomi dan politik bersama antara Arab dan Israel, yang mana sudah pasti rejim Zionis yang akan mendapat manfaat yang paling banyak darinya sementara saham-saham yang didapatkan oleh negara-negara Arab tidak lain hanyalah akibat dan kesan dari kemunduran ekonomi.
 
Idea awal pelan ini adalah mewujudkan pasaran di serantau Asia Barat di mana semua perhubungan organisasi dan organik negara-negara Arab akan dikumpulkan di dalamnya walaupun setakat ini, kegagalan perhimpunan tersebut telah terbukti kerana perbezaan, konflik dan persaingan antara negara-negara Arab untuk menandatangani perjanjian damai dengan rejim Zionis.
 
Setelah berakhirnya ‘Majlis Kerjasama Negara-Negara Arab’ berikutan pencerobohan ketenteraan Iraq ke Kuwait pada Mei 1990 dan penggantungan aktiviti ‘Arab Maghreb Union’ kerana perselisihan antara Maghreb dan Algeria mengenai Sahara Barat, sekarang ia adalah giliran bagi ‘Majlis Kerjasama Negara-negara Arab’ mengalami perubahan kerana pengepungan yang dilakukan oleh separuh ahli majlis terhadap Qatar dan bertambahnya petunjuk bahawa Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Bahrain telah membangun dan meluaskan hubungan dengan rejim Zionis.
 
Walaupun 20 tahun telah berlalu sejak terhentinya persidangan-persidangan terbukan normalisasi hubungan ekonomi, namun impian lama Israel iaitu komunikasi yang efektif dan penyelesaian umum dalam lingkaran ekonomi Arab, masih belum tercapai. 
 
Walaupun gagal mencapai matlamat tersebut, mereka tetap tidak berhenti dari berusaha mencapainya bahkan mereka sentiasa berusaha melaksanakan pelan ini pada runtuhan yang tinggal dari kejatuhan identiti dan sifat negara-negara Arab. 
 
Kerana ia adalah salah satu projek yang telah dibuat sejak zaman Theodor Herzl pada akhir abad ke-19, yang telah memberikan pelan pembentukan Persatuan Arab-Yahudi sehingga kurun kesembilan abad kedua puluh, dan perubahan politik, serantau dan antarabangsa yang telah dilaksanakan dengan kekuasaannya Amerika. 
 
Semua negara-negara di rantau ini didorong untuk menerima pelan tradisional Israel bagi mewujudkan pasaran rantau Asia Barat untuk menghadapi cabaran-cabaran yang ada, dan pemimpin Israel, Shimon Perez percaya bahawa pertumbuhan dan kemajuan wilayah itu akan menyelesaikan masalah tersebut.
 
Apakah yang akan dihasilkan dengan perjanjian Oslo dalam bidang ini? Selain memperkenalkan pakar ekonomi dan penyelidik-penyelidik seperti Elias Toma, Stanley Fisher dan Youssef al-Sayyagh, yang mempercayai bahawa perjanjian Oslo akan membawa kepada perjanjian-perjanjian selanjutnya yang akan menjadikan ekonomi Palestin lebih bergantung ekonomi Israel berbanding sebelumnya.
 
Adakah wujud hasil selain dari terputusnya hubungan perdagangan dan perniagaan rejim Israel dengan rakyat Palestin yang tinggal di Jordan dan di tempat lain di dunia Arab (sebelum Oslo), hasil yang hanya akan menambahkan kekuatannya sendiri dan mengurangkan harapan Palestin untuk mencapai koordinasi ekonomi dengan pasaran Arab yang lebih luas dan pertumbuhan ekonomi yang seimbang di seluruh dunia pada masa depan.
 
Oleh itu, protokol-protokol ekonomi seperti protokol Paris, yang mempunyai sokongan luas dari negara-negara Barat, terutama yang menyumbang kepada Palestin dan institusi dan institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, memberikan kesempatan kepada Israel untuk menggunakan prinsip-prinsip ekonomi yang akan membuatkan Palestin bergantung kepada mereka dan menyekat mereka sebagai jambatan untuk menembusi pasaran Arab.
 
Oleh itu, Mahmoud Abbas, Presiden Palestin dan timbalannya yang sepatutnya menyediakan ruang yang lebih untuk meningkatkan pertahanan dan muqawamah terhadap penempatan Zionis dalam rancangan mereka, sebaliknya dia membuka jalan bagi pelaksanaan rancangan ekonomi politik Zionis dengan memudahkan normalisasi hubungan dengan rejim Zionis dengan mengundang negara-negara Arab untuk melawat Tebing Barat dan Baitulmaqdis dengan slogan “Melihat Penjara Tanpa Banduan.”
 
Ekonomi politik ‘perdamaian’ dari perspektif AS-Israel tidak lain hanyalah untuk merealisasikan kehendak-kehendak ekonomi dan politik AS dan Israel, yang akan dihasilkan sepenuhnya dalam kerangka ekonomi liberal kejam, ekonomi pasar bebas dan dominasi institusi ekonomi besar.
 
Di sini, ekonomi sahaja akan menjamin perubahan politik, dan akibat darinya perubahan politik akan bertanggungjawab untuk menukar pemikiran dan minda. Jadi, rejim Zionis sedang berusaha supaya ekonomi Arab akan terus berhadapan dengan ekonomi yang disokongnya dari AS-Eropah dan menarik serta menyerap ekonomi Arab ke dalam ekonomi Israel dengan mewujudkan ketergantungan kepada mereka.
 
Ini adalah makna sebenar ‘campur tangan’ dan penjajahan ketenteraan Iraq oleh AS dan pemusnahan ekonomi Arab atas nama apa yang dipanggil ‘Revolusi Arab’ hanyalah bertujuan untuk memusnahkan ekonomi negara-negara besar Arab demi kepentingan ekonomi rejim Zionis.
 
Sebelum itu, Hayim bin Shar seorang penulis Israel berkata bahawa pertumbuhan dan perkembangan rangkaian hubungan ekonomi antara Arab dan Israel akan meningkatkan kos pemisahan daripada rangkaian bagi pihak-pihak Arab yang ingin keluar dari lingkaran pengaturan wilayah baru, khususnya apabila matlamat rejim Zionis adalah untuk ‘beralih dari tahap membina kedamaian ke peringkat pengukuhan dan menguatkannya di rantau ini.’ – HARAKAHDAILY 25/1/2018
- Advertisement -