Yayasan Amal bantu sesi persekolahan golongan memerlukan

- Advertisement -
JEMPOL: Yayasan Amal Malaysia Negeri Sembilan telah mengadakan sumbangan bantuan khusus persekolahan kepada keluarga miskin pelbagai kaum dan agama di sekitar Jempol dan Jelebu, semalam.
 
Antara adalah ibu tunggal, Manjula Perumell yang menerima RM310 bagi menjelaskan yuran persekolahan dua anaknya dan Abiramee Parnel menerima beg sekolah untuk empat anaknya yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Mahsan, di sini.
 
Turut menerima ialah Roslee Tani sebanyak RM600 dan ibu tunggal, Ren Uti mendapat RM300 serta RM320 untuk muallaf, Noorhayati Abdullah bagi membiayai yuran persekolahan anak masing-masing.
 
Mereka adalah penduduk dari Perkampungan Orang Asal (OA) Kao Rangoi, Sungai Durian, Jelebu dan Kampung Sawah (OA), Air Baning dan semua sumbangan disampaikan wakil Amalnita, Noridah Shariff.
 
Masyarakat Malaysia yang prihatin dan berhasrat turut serta membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Amalnita Negeri Sembilan BIMB 05067010011212 atau huhungi 012-226 7406 (Rozmal) atau 019-265 5059 (Masita). – HARAKAHDAILY 23/1/2018
- Advertisement -