Tiga Cawangan baharu berjaya adakan Mesyuarat Agung

- Advertisement -

BATANG LUPAR: Tiga PAS Cawangan dalam Kawasan Batang Lupar telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama sejak cawangan tersebut dirasmikan penubuhan pada tahun 2017 lalu.

- Advertisement -

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Beladin, Cawangan Spinang dan Cawangan Tambak, telah dilangsungkan di cawangan masing-masing pada semalam, kelmarin dan 13 Januari.

Kelancaran mesyuarat dan muhasabah ahli-ahli yang hadir terhadap segala aktiviti PAS Cawangan mereka menjadi bukti komitmen jitu ke arah mendokong hasrat menegakkan Islam menerusi wadah politik itu.

Antara perbahasan dan perkara yang banyak diutarakan pada ketiga-tiga mesyuarat tersebut adalah mengenai persiapan PRU14 disamping kelangsungan agenda dan gagasan diperjuangkan PAS.

Masing-masing PAS Cawangan itu juga berjaya memilih 15 perwakilan yang akan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Batang Lupar tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 22/1/2018

- Advertisement -