MGP P. Pinang tingkat teknik pengajaran al-Quran

- Advertisement -
NIBONG TEBAL: Majlis Guru PASTI (MGP) Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Bengkel Nurul Quran peringkat Zon Selatan menggabungkan tiga kawasan iaitu Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Batu Kawan di Dewan Seminar Masjid Ridzuan, Parit Buntar, di sini semalam.
 
Program tersebut bertujuan memantapkan ilmu al-Quran dan menyuntik semangat baharu khususnya kepada para guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran al-Quran dalam kalangan pelajar-pelajar PASTI.
 
Penganjuran itu juga sejajar dengan peningkatan Guru PASTI seluruh negeri itu yang kini berjumlah 300 tenaga pengajar di mana inisiatif tersebut penting dalam mewujudkan keselarasan sesi pengajaran dan pembelajaran.
 
Selain teknik pengenalan asas cara mudah al-Quran, para peserta juga berkongsi ilmu menghasilkan alat bantu mengajar mengikut kreativiti semasa secara berkumpulan.
 
Sijil penyertaan program telah disampaikan oleh Pengerusi PASTI Nibong Tebal, Mohamad Nizam Nasir dan disaksikan oleh Pengerusi MPG Pulau Pinang, Mariayati Ibrahim. – HARAKAHDAILY 21/1/2018
- Advertisement -