Markas Induk PRU14 Dun Chukai dilancar

- Advertisement -
KEMAMAN: Markas Induk PAS Dun Chukai telah dirasmikan pelancarannya oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dalam satu majlis di Simpang Tiga Gong Limau, Chukai, di sini kelmarin.
 
Markas tersebut akan dijadikan bilik gerakanndan operasi PRU14 yang bakal diadakan pada bila-bila masa sekali gus membawa isyarat siap siaga PAS Dun Chukai mempertahankan kemenangan.
 
Perasmian itu diadakan juga serentak dengan pelancaran UPU Gong Limau dan Majlis Jamuan Rakyat yang dihadiri oleh masyarakat pengundi daripada Dun tersebut.
 
Ustaz Kamaruzaman dalam ucapannya menegaskan PAS sebagai pilihan terbaik untuk rakyat yang komited memperjuangkan Islam dan terzahir dengan bukti selaku parti integriti dan berkeupayaan.
 
Manakala Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Alias Hamid dalam ucapannya menutur nasihat agar pengundi membuat pilihan parti yang benar-benar akan melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan perintah Allah.
 
Sementara Adun Chukai, Hanafiah Mat menegaskan pendirian bahawa PAS akan tetap menentang BN pada PRU14 serta menyenaraikan sekian banyak masalah telah dibebankan BN terhadap negeri dan negara. – HARAKAHDAILY 20/1/2018
- Advertisement -