Anak muda sedia pertahan Kelantan

- Advertisement -

MACHANG: Momentum kebangkitan anak anak muda bagi mempertahankan Kelanran semakin marak sekarang.

- Advertisement -

Ijtimak tarbawi pemuda PAS yang diadakan di Markas Dewan Ulama Pas Kelantan di Labok hari ini dihadiri ramai Pemuda PAS dari seluruh Kelantan.

Biarpun cuaca mendung dan hujan sekali sekala lebat tidak menghalang anak-anak muda memenuhi Dewan Madu, di sini

Program pertama bermula dengan tafsir surah al-Taubah yang disampaikan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Mohd Nassurudin Daud.

Program sehari dipenuhi dengan agenda menarik termasuk penjelasan isu semasa, fikrah fiqh al-Nasr Wal al-Tamkin dan bicara pemuda tarbawi tunggak kemenangan Kelantan.

Ustaz Nassurudin berkata, sejarah munafik dalam kalangan umat Islam bukan perkara baru.

Katanya, peristiwa yang dirintis Abdullah Bin Ubai berulang sekarang apabila ada pemimpin yang gagal mendapat jawatan sanggup belot dalam perjuangan.

“Dahulu lagi ada orang yang menjadi munafik kerana gagal mendapat jawatan yang diimpikan,” katanya. – HARAKAHDAILY 20/1/2018

- Advertisement -