Apa khabar Rohingya?

- Advertisement -

PADA Disember 2017, PASRelief mengirimkan RM30 ribu ke wilayah-wilayah bergolak di utara Arakan untuk mereka membeli bekalan makanan. Alhamdulillah,  sehingga awal bulan Januari 2018, sahabat yang menguruskan pembelian dan agihan secara ‘sembunyi-sembunyi’ masih mengirimkan foto proses agihan dan penerima sumbangan itu.

- Advertisement -

Keadaan saudara mara Rohingya yang tidak berupaya melarikan diri ke Bangladesh sewaktu operasi genocide Myanmar pada bulan Ogos-September 2017 sangat kritikal. Selain terkepung di tengah kawasan krisis, mereka tidak dapat keluar menjalankan aktiviti harian untuk mendapatkan bahan makanan.

Semua kedai diarahkan menghentikan operasi, bekalan makanan dari daerah bersebelahan tidak dapat di bawa masuk dan mereka dikenakan perintah berkurung. Sebahagiannya menahan lapar berminggu-minggu, berjimat dengan sedikit sisa beras yang berbaki.

Keadaan ini tidak berubah sehingga ke hari ini.  Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar keluarga yang terperangkap dan yang tidak mampu menempuh perjalanan jauh ke sempadan Bangladesh. Namun pihak tentera dan pelampau Rakhine terus menekan dengan pelbagai kaedah supaya mereka semua terpaksa menjadi pelarian.

Bekalan makanan sumbangan PASRelief yang berjaya diseludup kepada mereka sedikit sebanyak membantu mereka untuk terus bertahan.

Memandangkan keadaan masih tidak berubah, sahabat di Sittwe yang sering menguruskan misi PASRelief ke Arakan menasihatkan misi ke Mrauk-U ditangguhkan sehingga keadaan kembali reda. Keadaan kembali bergolak pada minggu ini kerana pihak polis Myanmar telah menembak mati 7 penunjuk perasaan etnik Rakhine 2 hari lalu.  

Kejadian ini meletakkan Muslim Rohingya dalam bahaya kerana mereka akan menjadi mangsa balas dendam pelampau Rakhine.

PASRelief akan mengirimkan bantuan kewangan untuk membeli makanan kepada keluarga Muslim Rohingya yang bertahan di tiga daerah di utara Arakan (Maungdaw, Buthidaung dan Rathidaung) dan bantuan kepada 4,000 keluarga Muslim Rohingya yang mendiami wilayah Mrauk-U.

Sumbangan makanan itu juga akan disampaikan oleh rangkaian PASRelief di beberapa kem IDP (Internal Displacement People)  di Sittwe yang didiami oleh 248,000 mangsa keganasan Myanmar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PASRelief (5640 7061 2223) atau Tabung Kemanusiaan Antarabangsa (5640 7061 1352). Kedua -dua akaun ini di Maybank. – HARAKAHDAILY 19/1/2018

KhabarR 2

KhabarR 3

KhabarR 4

KhabarR 5

- Advertisement -