Tautan Kasih Temerloh santuni pekerja am sekolah

- Advertisement -
TEMERLOH: PAS Kawasan Temerloh telah mengadakan ziarah Tautan Kasih yang secara khusus kepada para pekerja am di premis pendidikan terutama pengawal keselamatan dan tukang kebun sekolah.
 
Program bersama Dewan Muslimat PAS Temerloh itu menyampaikan sumbangan berupa pek sarapan pagi sebagai menyantuni kalangan tersebut yang berkhidmat di sekolah-sekolah sekitar Lanchang, di sini semalam.
 
Menurut Yang DiPertua PAS (YDP) Temerloh, Jusoh Darus, aktiviti tersebut sebagai penghargaan kepada pekerja am berkenaan yang turut berperanan menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat.
 
Melalui ziarah tersebut juga katanya, sebagai jambatan membina hubungan baik antara PAS dan para kakitangan sokongan sekolah, seterusnya menggalak masyarakat untuk turut berbuat demikian.
 
Bersama pada program tersebut ialah Naib YDP PAS Temerloh, Hasan Omar yang juga Pengarah MTD Lanchang dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan. – HARAKAHDAILY 18/1/2018
- Advertisement -