Suasana sejuk masih dirasai di Lojing

- Advertisement -

BIARPUN cuaca sejuk yang melanda banyak tempat di negara ini sudah beransur hilang, namun keadaan di Tanah Tinggi Lojing masih lagi terasa dingin.

- Advertisement -

Paling jelas kelihatan suasana berkabus terutamanya di sekitar Masjid Long Tan yang bersempadan dengan Kampung Raja, Cameron Highlands.

Kabus begitu tebal pada sebelah petang sehingga pagi. Imam Masjid Long Tan Lojing, Muhamad Abdul Kadir berkata, keadaan di Lojing masih lagi sejuk sekarang.

“Suhu memang sejuk lagi, cuma sehari dua hujan tidak lebat lagi. Sebelum ini suasana di Lojing tenggelam dalam kabus sepanjang hari.

“Pada sebelah malam awal minggu ini catat suhu sekitar 15 darjah Celcius. Tetapi di Tanah Rata ketika itu lebih sejuk iaitu 13 darjah Celcius,” katanya ketika dihubungi.

Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu suhu minimum yang direkodkan baru-baru ini ialah 21 darjah Celsius di Mersing dan Kuala Pilah.

Manakala kawasan-kawasan lain merekodkan suhu minimum sekitar 22 darjah Celsius yang kebiasaan berlaku pada awal pagi.

Pada 16 Januari lepas suhu di sekitar Kota Bharu dicatat 26 darjah Celsius manakala Cameron Highlands – 18 Darjah Celcius. – HARAKAHDAILY 17/1/2018

- Advertisement -