Luaskan gagasan PAS dengan memasyarakatkan BPMS

- Advertisement -
BUKIT MERTAJAM: PAS Kawasan Bukit Mertajam giat berusaha memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kepada penduduk dan pengundi dalam parlimen tersebut.
 
Sehubungan itu, meluaskan maklumat mengenai gagasan PAS tersebut, satu program Memasyarakatkan BPMS telah dianjurkan di Unit Peti Undi (UPU) Gajah Mati, Tasek Junjung, di sini semalam.
 
Turut dilaksanakan sempena program tersebut adalah gotong-royong di Kampung Mukim 16 oleh Jabatan Amal, sementara jentera Muslimat mengadakan ziarah dan mengagihkan sumbangan berupa barang keperluan.
 
Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Ustaz Mohd Yusni Md Piah dalam perasmian program itu menyeru para penduduk memberi kepercayaan kepada PAS untuk menegakkan Islam.
 
Kerana katanya, hanya PAS sahaja yang mengambil al-Quran dan Sunnah Rasulullah sebagai panduan dalam berpolitik kepartian dan juga memerintah negara.
 
Beliau juga menyeru menolak BN di mana terbukti sejak lama memerintah gagal menjaga kepentingan Islam dan orang Melayu, apatah lagi DAP yang anti-Islam. – HARAKAHDAILY 15/1/2018
- Advertisement -