S’wak giatkan penerangan agenda PAS

- Advertisement -
MIRI: Siri Jelajah Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS), Dokumen Hijau dan Halatuju Strategik 10 Tahun PAS Negeri Sarawak (HASRAT) Peringkat Zon Utara telah dilangsungkan dengan jayanya.
 
Siri jelajah yang bertujuan untuk menerangkan usaha komprehensif PAS Sarawak ke arah menerajui agenda Negara Berkebajikan itu telah diadakan di PASTI Al-Irsyad, Piasau, di sini hari ini.
 
Majlis telah disempurnakan perasmian oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sarawak, Khairul Ismail yang menjelaskan tekad PAS negeri itu untuk membawa suara dalam Dun Sarawak.
 
“Salah satu daripada misi HASRAT adalah PAS akan memenangi Dun pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 sebagai medium mengenengahkan suara rakyat di peringkat negeri,” ujarnya membangkitkan semangat.
 
Manakala pembentangan WINS dan Dokumen Hijau sempena jelajah itu pula telah dikupas secara jelas oleh Setiausaha PAS Sarawak, Muhtar Suhaili.
 
Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Sarawak, Mohammad Afiq Md Khazar dan disertai oleh ahli-ahli PAS dari Kawasan Bintulu, Miri, Limbang dan Sibuti. – HARAKAHDAILY 14/1/2018
- Advertisement -