Asnaf Dun Chembong terima perhatian PAS

- Advertisement -

REMBAU: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Negeri Sembilan telah menggerakkan usaha menyantuni asnaf dalam program Ziarah Kasih di Dun Chembong, di sini hari ini.

- Advertisement -

Diketuai Pengerusinya, Masita Mohamed Ali, program tersebut turut disertai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Chembong, Nazri Yusof serta beberapa pimpinan lain.

Ziarah tersebut bertumpu kepada menyampaikan sumbangan untuk beberapa keluarga asnaf, antaranya pesakit Symtomatic Hypokalemia, Zuraida Mohamed di Kampung Tanjung, Sena Hilir.

Ibu tunggal itu masih menyara tiga anak yang sedang bersekolah berusia antara 8 hingga 15 tahun setelah hilang tempat pergantungan hidup sejak kematian suami tahun lalu.

Keluarga itu kini tinggal di rumah pusaka arwah suami disamping menerima sumbangan saudara mara dan insan-insan prihatin sekeliling mereka.

Orang ramai yang dermawan dan prihatin serta bermurah hati dialukan menyumbang menerusi akaun BIMB 05012010070279 Dewan Muslimat PAS Negeri Sembilan atau hubungi Masita 019-265 5059. – HARAKAHDAILY 14/1/2018

- Advertisement -