SU Politik Kanan Kedutaan AS kunjungi Ustaz Idris

- Advertisement -

NAIB Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Politik Kanan Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia, Mr Drew Curiel bersama Pegawai Kanan Seranta Politik, RAvindran Manicham hari ini.

- Advertisement -

Pertemuan selama hampir sejam ini bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara PAS dan wakil diplomat luar yang semakin berminat dengan pendekatan dan cara tadbir PAS.

pelabagai persoalan dan kemusykilan diutarakan oleh wakil Kedutaan Amerika kepada UStaz Idris bagi mendapatkan penjelasan dan gambaran senario politik negara dan serantau di samping persediaan PAS bagi menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.

PAS yang dilihat sebagai alternatif kepada permasalahan yang timbul dalam kemelut politik hari ini mendapat banyak jemputan dan penerangan dalam menongkah alternatif bernegara nanti.

Ustaz Idris yang berkongsi formula kejayaan PAS terutamanya di Kelantan dan prestasi Exco Kerajaan Selangor daripada PAS yang menjadikan masyarakat dan rakyat jitu akan kemampuan PAS untuk memerintah negara di samping Islam sebagai sandaran untuk semua kaum, bangsa dan agama.

Turut bersama adalah Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, Fellow Pusat Penyelidikan PAS yang berkongsi data dan teras Wawasan Induk Negara Sejahtera sebagai kaedah asas tawaran PAS nanti. – HARAKAHDAILY 12/1/2018

- Advertisement -