Konvensyen Kebangkitan Ummah: NGO, individu dijemput hadir

- Advertisement -

KONGRES Rakyat menyeru badan bukan kerajaan (NGO) berteraskan Islam dan Melayu yang prihatin terhadap isu melanda umat Islam untuk hadir pada Konvensyen Kebangkitan Ummah yang akan diadakan pada 13 Januari di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini.

- Advertisement -

Setiausaha Kongres Rakyat, Kamaruzaman Mohamad pada sidang media Konvensyen Kebangkitan Ummah semalam berkata pihaknya turut menyeru individu yang prihatin untuk hadir pada konvensyen terbabit sebagai tanda sokongan terhadap objektif acara berlangsung seharian itu iaitu menyatukan dan membela umat Islam seperti jaminan di dalam perlembagaan negara.

KZ“Saya minta semua pihak untuk sebar luaskan program ini kerana Insya-Allah program ini akan menjadi program permulaan ke arah menyatupadukan umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik dan kecenderungan. Umat Islam perlu bersatu untuk membela hak umat Islam yang semakin terhakis.

Kita telah menghantar surat jemputan kepada NGO dalam senarai Ummah dan saya seru kepada mana-mana NGO yang tiada dalam senarai simpanan kami dan senarai hubungan kami dijemput kepada mana-mana NGO yang mewakili apa jua latar belakang yang melibatkan kepentingan orang Islam dan Melayu,” katanya.– HARAKAHDAILY 4/1/2018

- Advertisement -