Jabatan Amal Mersing lancar operasi pembersihan banjir

- Advertisement -
MERSING: Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Mersing telah menggerakkan operasi besar-besaran pembersihan rumah mangsa banjir sejak semalam.
 
Menurut Komander Jabatan Amal Mersing, Zaki Mahbah, operasi fasa pertama itu akan dilaksanakan sehingga 6 Januari depan dan dilanjutkan mengikut perkembangan banjir seterusnya.
 
Terang beliau, keutamaan ditumpukan operasi itu kepada kediaman-kediaman mangsa banjir yang terjejas teruk agar penduduk dapat segera memulihkan rutin kehidupan mereka.
 
Keadaan semasa banjir di daerah itu beransur pulih dengan jumlah penduduk di enam Pusat Penempatan Sementara (PPS) semakin berkurang kepada 378 mangsa daripada 104 keluarga.
 
PPS yang masih beroperasi ialah Sekolah Rendah Air Papan, Tenglu, Dewan Serbaguna Kampung Benaung, Pertubuhan Peladang Kawasan Endau, Sekolah Agama Pengkalan Batu dan Balai Raya Air Merah. – HARAKAHDAILY 4/1/2018
- Advertisement -