30 tahun Kedah gagal dapat wang pampasan

- Advertisement -

SEHINGGA sekarang kerajaan Kedah gagal mendapatkan wang pampasan kawasan tadahan hujan yang berjumlah RM39 juta setahun daripada kerajaan pusat.

- Advertisement -

Ini bermakna dalam tempoh 30 tahun sebanyak RM1.17 bilion belum diperolehi kerajaan negeri.

Muhammad Sobri OsmanBendahari PAS Kedah, Muhammad Sobri Osman berkata, kegagalan kerajaan negeri itu menggambarkan tiada kesungguhan pemimpin kerajaan negeri sekarang.

“Sepatutnya urusan pembayaran pampasan berkenaan lebih mudah memandangkan kerajaan negeri dan pusat ditadbir parti yang sama,” katanya di Alor Setar.

Pada 7 Mei 2003 kabinet memutuskan kawasan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan di Kedah antaranya di Ulu Muda dan Empangan Pedu melibatkan seluas 1,156 km persegi.

Muhammad Sobri juga berkata, kawasan tersebut direzabkan kerajaan tanpa sebarang usaha hasil yang seharusnya diganti semula kerajaan pusat. – HARAKAHDAILY 4/1/2017

- Advertisement -