Jelajah 54 kawasan Felda di seluruh negara

- Advertisement -

LAJNAH Hal Ehwal Felda PAS Pusat akan mengadakan siri jelajah penerangan isu manifestasi permasalahan Felda (MPF60) di 54 kawasan Parlimen yang mempunyai Felda di seluruh negara.

- Advertisement -

Timbalan Pengarahnya, Naraza Muda berkata terdapat 54 kawasan parlimen yang berada dalam kawasan Felda di seluruh negara termasuk 21 tempat di Terengganu.

“Kita adakan MPF60 iaitu manifestasi permasalahan Felda dan kita cadangkan jalan penyelesaian setelah 60 tahun Felda ditubuhkan.

“Tujuan program ini untuk sampaikan kepada warga Felda dan petugas-petugas parti bahawa inilah isu Felda yang lebih besar dari isu 1MDB sebenarnya.

“Hampir 100 tayangan slide pendedahan dengan paparan fakta, bukti-bukti bergambar dan sebagainya akan diketengahkan. Jika peneroka dapat hadam walau pun tidak 100 peratus sekurang-kurangnya mereka ada maklumat tentang isu Felda,” ujarnya selepas Majlis Pemurnian 60 Isu Felda (MPF60) di Pusat  Asuhan Tunas Islam (Pasti) Adam, Kampung Mak Chili, Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, Kemaman kelmarin. – HARAKAHDAILY 3/1/2017

- Advertisement -