Konvoi Wanita Muda sebar kebajikan seluruh Selangor

- Advertisement -
SEPANG: Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor dengan kerjasama Alternative Riding Club telah menganjur Konvoi Wanita Muda Selangor yang menarik penglibatan 39 peserta bermula di Sepang 30 Disember lalu dan berakhir malam tadi di Shah Alam.
 
Konvoi tersebut bertujuan merapatkan hubungan golongan wanita muda dengan masyarakat dan memupuk amalan kerjasama dan menjadikan aktiviti bermotor sebagai hobi.
 
Program tersebut telah dirasmikan Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan dengan setiap ‘checkpoint’ diadakan aktiviti kemasyarakatan seperti membersihkan surau dan majlis khatam al-Quran.
 
Beliau dalam ucapannya mengharap penyertaan lebih ramai anggota pada siri konvoi akan datang agar usaha memahami kehidupan masyarakat dan memupuk nilai-nilai murni dapat diluaskan.
 
Majlis penutup di Shah Alam dimeriahkan dengan persembahan busker, cabutan bertuah dan sesi sembang santai yang menampilkan Ustazah Wan Hasrina bersama Pelumba Cub Prix Petronas, Siti Fatimah Husna Muslim. – HARAKAHDAILY 1/1/2018
- Advertisement -