Mahathir pun tahu dia sudah tak relevan lagi

- Advertisement -

TAK ada seorang pun orang kampung yang saya temui menganggap Mahathir masih relevan. Malah tak minat pun nak bincang topik Mahathir. Ayahanda saya yang dah berumur lebih 70 tahun kata, “ado lagi ko ore ccayo ko Mahathir?” Malah ayahanda bagi nasihat, tak perlu buang banyak masa dengan Mahathir. Banyak sangat lagi kerja kita yang belum selesai.

- Advertisement -

Mahathir dah jadi harimau yang tak bergigi. Kalau gigit pun tak luka. Adalah rasa geli-geli sikit. Kita doakan di penghujung usia dia bertaubat. Antara syarat taubat ialah menyesali sungguh-sungguh kesilapan yang lalu serta berazam tak akan mengulangi lagi. Urusan dengan Allah yang tertinggal kena qada’ dan urusan dengan manusia kena selesai. Ada hak orang lain yang terambil kena pulangkan atau minta halal. Ada manusia yang kita zalimi kena minta maaf. Taubat wajib dengan taubat nasuha bukan taubat kemudian ulang semula.

dr azman1Ayahanda saya kata, kita boleh maafkan Mahathir tapi mustahil kita boleh bagi kepercayaan kepada Mahathir. Sifat pemaaf dituntut, tapi jangan tertipu dengan memberi kepercayaan kepada orang yang kita telah kenali dia selama 22 tahun.

Mahathir pun tahu dia sudah tak relevan lagi. Tapi ada kepentingan Mukhriz, Mirzan, Mokhzani dan Marina yang perlu dijaga. Perjuangan Mahathir ialah untuk kesinambungan politik dan bisnes anak-anaknya. Untuk semua kelangsungan ini, Umno mesti diselamatkan. Nak selamatkan Umno, Mahathir sedang memainkan watak Kamikaze. Menyusup masuk dalam PH dan berjaya memainkan peranan sebagai ‘Pakar Hancur’ yang telah ‘mencaca-merbakan’ Pakatan Harapan. Tindakan Mahathir telah berjaya menjadikan PH bahan ketawa khalayak. Mahathir telah berjaya dalam ‘misi bunuh diri’ dengan ‘menerjunkan pesawat terbangnya ke atas kapal PH’. Biarlah dia terbunuh asalkan Umno selamat.

Mahathir nak jadikan PAS sebagai jambatan untuk mencapai cita-citanya adalah mustahil sama sekali. Batuk Mahathir pun PAS dah kenal apatah lagi bau kentut Mahathir. Mahathir bukan tak tahu bahawa ancaman utama kepada survival Umno yang dikasihinya ialah PAS dan bukannya PH. Tapi dia tak boleh nak pergunakan PAS. Yang bersedia menjadi balaci Mahathir ialah mereka dan keluarga mereka yang dimaklumi oleh kita semua.

Bila mereka rela menjadi khadam dan balaci, biarkan mereka. Kita teruskan kerja kita.

Dr Azman Ibrahim
AJK PAS Pusat – HARAKAHDAILY 31/12/2017

- Advertisement -