Munajat PAS Dun Luit tingkatkan kekuatan perjuangan

- Advertisement -
MARAN: PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Luit telah menganjurkan program Munajat Perdana PRU14 yang diadakan di Surau Hasanatul Abrar, Kampung Ulu Luit, di sini semalam.
 
Program pentarbiyahan itu sebagai usaha meneguhkan kekuatan rohani ahli PAS dalam kesiapsiagaan perjuangan menghadapi mehnah PRU14 yang tentunya berdepan pelbagai ujian.
 
Selain itu, ia bertujuan melatih keredhaan, ubudiyah dan pengharapan hanya semata kepada pertolongan Allah untuk meraih kemenangan mahupun sebarang keputusan pada PRU nanti.
 
Program tersebut telah diadakan buat kali keenam melibatkan UPU dalam Dun Luit bagi pusingan pertama dan akan diteruskan di semua UPU menjelang PRU14.
 
Munajat itu juga turut disertai masyarakat setempat yang memberi sambutan yang baik dengan penganjuran majlis sedemikian.
 
Selain mengadakan solat-solat hajat, majlis turut menumpukan bacaan zikir dan menghayati doa yang dipimpin sendiri oleh Penyelaras Dun  Luit, Ustaz Shahrul Nizam Abdul Haliff. – HARAKAHDAILY 26/12/2017
- Advertisement -