SEBENARNYA tidak seorangpun dalam kalangan manusia yang layak untuk bercakap tentang isu syafaat Nabi Muhammad pada hari kiamat. Kerana keistimewaan itu hanyalah dimiliki oleh baginda s.a.w. yang menjadi individu tumpuan di Padang Mahsyar pada hari di mana semua manusia sedang berhimpun di hadapan ‘Mahkamah Allah SWT”.
Walau bagaimanapun kita hanya bercakap persoalan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang layak menerimanya dan yang layak untuk dipandang oleh baginda dengan pandangan kasih sayangnya. Kerana bukan semua manusia pada hari kiamata akan dipandang mulia, malah ada yang tersingkir daripada menerima syafaat baginda itu.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}
Syafaat Nabi yang perlu kita ketahui
“Dari Abu Hurairah r.a beliau menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Setiap Nabi alaihimus salam memiliki doa yang mustajab, maka setiap nabi telah menggunakan doa tersebut. Dan aku menyimpannya sebagai syafaat bagi ummatku nanti di hari kiamat. Maka, syafaat tersebut Insya Allah akan didapati oleh setiap orang dari umatku yang mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah SWT dengan suatu apapun.” (Hadis Sohih riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Syafaat berasal dari kata asy-syafa’ (ganda) yang merupakan lawan kata dari Al-witru (tunggal), iaitu menjadikan sesuatu yang tunggal menjadi ganda, seperti membahagi satu menjadi dua, tiga menjadi empat, dan sebagainya. Ini pengertian secara bahasa.
Sedangkan dari sudut istilah, syafaat berarti menjadi penengah bagi orang lain dengan memberikan manfaat kepadanya atau menolak mudarat, yakni pemberi syafaat itu memberikan manfaat kepada orang itu atau menolak mudaratnya.
Syafaat terdiri dari dua macam :
Pertama , Syafaat yang didasarkan pada dalil yang kuat dan sohih, iaitu yang ditegaskan Allah SWT dalam kitab-Nya , atau dijelaskan oleh Rasulullah. Syafaat tidak diberikan kecuali kepada orang-orang yang bertauhid dan ikhlas; kerana Abu Hurairah r.a berkata, “Wahai Rasulullah, siapa yang paling bahagia mendapatkan syafaatmu?” Baginda menjawab, “Orang yang mengatakan,’Laa ilaaha illallah’ dengan ikhlas dalam hatinya.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, kitab Al-Ilm, bab “Al-Hirs ‘ala al-Hadits.”
Syafaat mempunyai tiga syarat:
1.Allah meredai orang yang memberi syafaat.
2. Allah meredai orang yang diberi syafaat.
3.Allah mengizinkan pemberi syafaat untuk memberi syafaat.
Syarat-syarat di atas secara menyeluruh dijelaskan Allah dalam firman-Nya, “Dan berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikitpun tidak berguna kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diridhai (Nya).” (An- Najm : 26)
Kemudian firman Allah Ta’ala , : “Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya.” (Al- Baqarah:255)
Lalu firman Allah Ta’ala , : “Pada hari itu tidak berguna syafaat, kecuali (syafaat) orang yang Allah Maha Pemurah telah memberi izin kepadanya, dan Dia telah meridhai perkataannya.”(Thahaa: 109)
Kemudian firman Allah Ta’ala , : “Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafaat melainkan kepada orang yang diridhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati karena takut kepada- Nya.” (Al-Anbiya: 28)
Agar syafaat seseorang diterima, maka harus memenuhi ketiga syarat di atas. Menurut penjelasan para ulama, syafaat yang diterima, dibahagi menjadi dua macam:
1. Syafaat umum. Makna umum, Allah mengizinkan kepada salah seorang dari hamba-hamba-Nya yang solih untuk memberikan syafaat kepada orang-orang yang diperkenankan untuk diberi syafaat. Syaaat ini diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w., nabi-nabi lainnya, orang-orang jujur, para syuhada, dan orang-orang solih. Mereka memberikan syafaat kepada penghuni neraka dari kalangan orang-orang beriman yang berbuat maksiat agar mereka keluar dari neraka.
2. Syafaat khusus, iaitu syafaat yang khusus diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan merupakan syafaat terbesar yang terjadi pada hari Kiamat. Tatkala manusia dirundung kesedihan dan bencana yang tidak kuat mereka tahan, mereka meminta kepada orang-orang tertentu yang diberikan oleh Allah untuk memberi syafaat. Mereka pergi kepada Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, dan Isa. Tetapi mereka semua tidak boleh memberikan syafaat hingga mereka datang kepada Nabi s.a.w., lalu baginda berdiri dan memohon syafaat kepada Allah, agar menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari azab yang besar ini. Allah pun memenuhi permohonan itu dan menerima syafaatnya. Ini termasuk kedudukan terpuji yang dijanjikan Allah di dalam firman-Nya : “Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Al-Israa’:79)
Di antara syafaat khusus yang diberikan kepada Rasulullah s.a.w. adalah syafaatnya kepada penghuni syurga agar mereka segera masuk syurga, karena mereka surga ketika melepasi jambatan (sirat), mereka diberhentikan di tengah-tengahnya yang ada di antara syurga dan neraka. Hati sebahagian mereka bertanya-tanya kepada sebahagian lain, hingga akhirnya mereka bersih dari dosa. Kemudian mereka baru diizinkan masuk syurga. Pintu syurga itu pula terbuka kerana syafaat Nabi Muhammnad s.a.w.
Kedua, Syafaat batil yang tidak berguna bagi pemiliknya, iaitu anggapan orang-orang musyrik bahwa tuhan-tuhan mereka dapat memintakan syafaat kepada Allah.
Syafaat semacam ini tidak bermanfaat bagi mereka seperti yang difirmankan-Nya, “Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dari orang-orang yang memberikan syafaat.” (Al-Mudatstsir : 48)
Demikian itu kerana Allah tidak rela kepada kesyirikan yang dilakukan oleh orang-orang musyrik itu dan tidak mungkin Allah memberi izin kepada para pemberi syafaat itu, untuk memberikan syafaat kepada mereka; kerana tidak ada syafaat kecuali bagi orang yang diredai Allah. Allah tidak meredai hamba-hambaNya yang kafir dan Allah tidak menerima kerosakan berlaku dengan sewenang-wenangnya.
Kebergantungan orang-orang musyrikin kepada tuhan-tuhan mereka dengan menyembahnya dan mengatakan, “Mereka adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah”, (Yunus: 18), adalah kebergantungan batil yang tidak bermanfaat. Bahkan demikian itu tidak menambah mereka kecuali semakin jauh, kerana orang-orang musyrik itu meminta syafaat kepada berhala-berhala itu dengan cara yang batil, iaitu menyembahnya. Itulah kebodohan mereka yang berusaha mendekatkan diri kepada Allah, tetapi sebenarnya tidak lain hanya menjadikan mereka semakin jauh.
Balik kepada persoalan yang merupakan tajuk perbincangan kita di atas, iaitu benarkah kita layak menerima syafaat Nabi Muhammad s.a..w di akhirat kelak? Sedangkan tidak terdapat ciri-ciri yang melakyakkan kita untuk mendapatkannya? Mengapa demikian, sedangkan mungkin ada orang berkata, kitakan orang Islam, kenapa tidak layak pula untuk menerima syafaat baginda s.a.w.
Justeru setiap daripada kita perlu mengetahui dengan sejelas-jelasnya bahawa orang Islam terbahagi kepada beberapa kategori, antara lain :
1-Orang Islam yang beriman, berilmu (kerana belajar sungguh-sungguh) untuk memahami Islam, yang beramal kerana Allah SWT.
2-Orang Islam yang beriman, berilmu tetapi kurang mahu beramal (seperti tidak berapa mahu bergaul dengan orang ramai, tidak bersolat jemaah di masjid/surau).
3-Orang Islam yang tidak mahu berilmu malah langsung tidak beramal, pada masa yang sama tidak beriman atau tidak yakin kepada undang-undang Islam.
Sesungguhnya golongan pertama di atas jumlahnya tidak berapa ramai jika dibandingkan dengan ketegori dua dan tiga, malah golongan yang ketiga adalah lebih ramai, iaitu golongan muslim yang suka hidup bersantai-santai, tidak minat untuk beramal dengan ajaran Islam, tidak ada wawasan hidup yang jelas, tidak menghidup dan melaksanankan segenap tuntutan yang diamanahkan Allah ke atas mereka.
Mereka adalah golongan yang hidup berpura-pura seperti orang Islam, tetapi pada hakikatnya tidak minat langsung dengan Islam, merekalah yang memberi gambaran tidak sihat mengenai Islam, iaitu tidak mahu langsung belajar agama, yang lelaki seumpama perempuan dan sebaliknya, malah mendedahkan aurat di hadapan bukan mahram, yang tidak suka kepada sunnah Nabi Muhammad s.a.w., menghina baginda dan bermacam-macam lagi, soalnya di sini, dengan melakukan perkara songsang apakah kita layak mendapat syafaat baginda pada hari kiamat? Sama-samalah kita fikirkan sebelum terlambat.{/mprestriction}