Pelajar Krygystan khatam al-Quran di Maahad Tahfiz

- Advertisement -

PELAJAR dari Krygystan, Abdullah Abdyshukur mencatat sejarah apabila berjaya mengkhatam 30 juzuk al Quran di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong.

- Advertisement -

Semalam beliau menerima sijil pada program khas Graduasi Tahfiz Yayasan Islam Kelantan (Yik) daripada Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Turut hadir pada program bersejarah itu bapanya, Dr Abdyshukur Ismailov bersama ibu dan adik-adiknya. Dr Abdyshukur seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Bishkek.

Turut hadir anggota Exco, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan; Adun Melor, Dr Md Yusnan Yusof dan Pengarah Yik, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus.

Abdullah sekarang belajar di tingkat empat di Maahad Tahfiz Al Quran Pulai Chondong. Beliau mulai belajar di tingkatan satu di sekolah tersebut.

Dr Abdyshukur melahir rasa bersyukur kerana anaknya berjaya mengkhatam al Quran.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan negeri dan Yik yang mendidik dan membimbing anak saya sehingga menjadi insan yang soleh dan berjaya menghafaz al-Quran,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 18/12/2017

- Advertisement -