Jabatan Hutan banteras pembalakan haram

- Advertisement -

JABATAN Perhutanan Kelantan mengesan kira-kira 50 hingga 60 kilang papan haram yang masih beroperasi di negeri tersebut.

- Advertisement -

Pengarahnya, Datuk Zahari Ibrahim berkata, jumlah itu termasuk pegusaha kampung yang mencari pendapatan sampingan.

“Sehingga kini sebanyak 30 kilang papan haram telah disita terutama kesalahan membeli kayu hasil daripada kegiatan pembalakan haram.

“Kita memang komited membenteras gejala yang tidak diingini khususnya pembalakan haram,” katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri Kelantan 2017 di Tanah Merah semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustafa dan Penyelia Dun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustaffa.

Sempena program itu seramai 100 orang mangsa banjir di Tanah Merah menerima cenderahati dari Majlis Daerah Tanah Merah. – HARAKAHDAILY 15/12/2017

- Advertisement -