Awas! Cabaran ekonomi dari China

- Advertisement -

SAYA sudah saksikan dengan mata saya sendiri pembangunan pesat Ekonomi di Shanghai China. Untuk pastikan Malaysia lebih kompetitif, kita perlu pastikan kos bahan mentah dan kos tenaga buruh kita jauh lebih rendah dari China (selain tahap produktiviti, innovasi dan kualiti servis yang tinggi) agar para pelabur yang sedia ada dapat terus mengekalkan operasi mereka di Negara ini.  

- Advertisement -

China punyai pasaran pengguna yang cukup luas berbanding negara kita. Jika ditambah dengan kos bahan mentah yang rendah, kos tenaga buruh yang rendah termasuk tahap kualiti komunikasi Bahasa Inggeris mereka yang sedang ditambahbaik,  saya khuatir para pelabur yang sudah sedia ada di negara ini akan lebih tertarik untuk memindahkan operasi mereka ke China sebagai tapak baru operasi mereka yang lebih mapan dan berdaya saing dalam jangka masa yang panjang.

Realitinya, semenjak lebih 10 tahun yang lalu, sudahpun terdapat beberapa pelabur asing yang sudah sekian lamanya beroperasi di negara kita telahpun memindahkan operasi mereka ke negara itu.

Perlunya Malaysia memperbaiki beberapa aspek sebagai langkah persiapan agar Rakyat Malaysia dapat terus berdaya saing dalam suasana cabaran ekonomi yang semakin mencabar, antaranya ialah:
1. Sektor pendidikan khususnya penguasaan Bahasa Mandarin selain Bahasa Melayu,  Inggeris, dan Bahasa Arab.
2. Wujudkan generasi perekacipta produk dan perkhidmatan melalui inovasi.
3. Dedahkan budaya masyarakat China agar Rakyat Malaysia mudah untuk menyesuaikan diri dalam kelompok masyarakat itu.
4. Tingkatkan R&D agar kos bahan mentah jauh lebih rendah dari China.
5. Kurangkan kos sara hidup agar tangga gaji yang ditawarkan lebih kompetitif, seterusnya meletakkan kos tenaga buruh Malaysia jauh lebih rendah dari China.
6. Insentif kepada pelabur asing agar kos operasi mereka di Malaysia jauh lebih rendah dari China.
7. Buka pintu yang lebih luas kepada Rakyat Malaysia agar dapat salurkan produk dan perkhidmatan mereka di China.
8. Kawal matawang asing agar Ringgit lebih kompetitif.
9. Kekalkan kestabilan politik.
10. Tingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

Jika kita gagal menyesuaikan diri dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar selepas ini, saya khuatir generasi baru Rakyat Malaysia tak mampu menyaingi kemaraan Rakyat China dalam sektor ekonomi dan kewangan.

Mungkinkah Rakyat Malaysia akan berakhir seperti Rakyat Bangladesh dan Nepal selepas ini jika kita terus abaikan ancaman ini agaknya?

Kepada seluruh Rakyat Malaysia, kita tak ada banyak masa untuk mempersiapkan diri dari ancaman ‘ribut ekonomi’ ini sebenarnya. – HARAKAHDAILY 15/12/2017

 

- Advertisement -