Palestin tidak iktiraf negara Israel

- Advertisement -

RAKYAT Palestin tidak akan mengiktiraf di mana-mana sahaja bumi milik mereka dijadikan penempatan kaum Yahudi atau ibu negara Israel.

- Advertisement -

Ketua Ulama Palestin Luar Negara, Dr Nawaf Takruni berkata, penduduk Palestin tidak akan membiarkan mana-mana tempat di tanah mereka menjadi milik Yahudi.

Dr Nawaf TakruniKatanya, Zionis Yahudi tidak ada tempat di bumi Palestin, yang dibuka penduduk Islam sejak beratus tahun lampau.

“Rakyat Palestin tetap mempertahankan setiap inci bumi mereka biarpun pernah ditawarkan dengan harga tinggi oleh pendatang Yahudi,” katanya pada ceramah khas di Masjid Sultan Mansur, Kampung Sireh, Kota Bharu malam tadi.

Terjemahan ucapannya disampaikan Ustaz Nik Hamdi Ghani dari Institut Latihan Perguruan Kelantan. Hadir sama Imam Masjid Sultan Mansor, Ustaz Sidek. Program itu dianjur NGO Cakna Palestin.

Dr Nawaf juga berkata, Palestin bukan sahaja milik rakyat negara itu sebaliknya milik umat Islam di seluruh dunia.

“Kalau kita beli pakaian sekolah anak biarpun di mana sahaja kita berada, hendaklah ingat juga kepada anak-anak orang Palestin yang berdepan dengan pelbagai kesukaran sekarang,” ujarnya.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC di Turki semalam menolak pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat menjadikan Baitul Maqdis sebagai ibu negara baharu Israel. – HARAKAHDAILY 14/12/2017

- Advertisement -