Exco BN persenda rakyat

- Advertisement -

WAKIL kerajaan A. Latiff Awang dilihat mempersendakan rakyat dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga barang yang sangat dirasai oleh seluruh rakyat, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara.

- Advertisement -

Gurauan yang dianggap tidak kena pada tempatnya apabila beliau mengatakan peniaga-peniaga suka harga barang naik, sedangkan yang dibincangkan ialah bagaimana mahu membantu rakyat terbanyak, telah menimbulkan ketidak puasan hati Adun PAS.

Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah kesal dengan sikap acuh tak acuh yang dizahirkan oleh wakil kerajaan itu.

“Ini satu sikap yang mencerminkan Umno sememangnya tidak kisah dengan kenaikan harga barang, walaupun yang merana ialah rakyat jelata.

Laungan mahu membantu rakyat hanyalah retorik sahaja.

Kita sibuk membincangkan bagaimana mahu menurunkan harga, bagaimana mahu membantu rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan sukar sebegini, dia memilih untuk bergurau demikian.

Bagaimana peniaga gembira dengan kenaikan harga barang? Sedangkan mereka juga terpaksa membeli dengan harga yang tinggi? Bagaimana mereka gembira apabila pelanggan kurang membeli? Ini adalah satu jenaka yang malang bagi rakyat Terengganu.

Kita juga boleh lihat dalam Perhimpunan Agung Umno dahulu, ahli-ahli Umno sendiripun mengeluh kesah dengan kenaikan harga barang ini, Umno atau PAS, semua kena.

Seharusnya rakyat sedar dan menolak Umno di dalam PRU nanti kerana sikap yang tidak bertanggungjawab wakil kerajaan ini,” ujar beliau kesal.

Terdahulu wakil Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) telah memberikan beberapa fakta kenaikan harga barang di Malaysia kepada dewan di bawah pemerintahan Umno-BN dan turut disebut oleh Tuanku Sultan Terengganu pada Mac 2017.

Beliau yang membahaskan Bajet 2018 yang dibentangkan pada 11 November lalu, kemudian diganggu oleh wakil kerajaan, A. Latiff Awang.

“Saya nak mencelah sikit pasal kos sara hidup meningkat ni, saya tanya tok peraih ikan (orang tengah) dia suka ikan mahal, saya tanya penjual sayur, dia suka sayur mahal,” kata A. Latiff.

Marah dengan gurauan yang dilihat mempersendakan golongan miskin itu, wakil-wakil PAS segera meminta Yang DiPertua Dewan mengarahkan A. Latiff supaya duduk. – HARAKAHDAILY 14/12/2017

- Advertisement -