Warga emas Kg Lajong rayu dapat rumah PPR

- Advertisement -

KAMPUNG Lajong, Kuala Niah mempunyai penduduk sekitar 300 orang, dan kebanyakannya adalah petani dan nelayan. Majoriti penduduk berbangsa Melayu dan terdapat juga lain-lain bangsa yang menetap di kampung itu.

- Advertisement -

Baru-baru ini kami menerima aduan dari salah seorang penduduk Kampung Lajong yang mengadu kesulitan mendapatkan bantuan Program Perumahan Rakyat (PPR). Encik Johari Junaidi mengadu kepada pihak kami bahawa dia telah memohon PPR sejak tahun 2009 tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalahnya.

Mereka tidak memberi apa-apa sebab mengapa permohonan beliau ditolak. Dia telah menunggu dalam masa yang lama untuk mendapatkan bantuan daripada PPR kerana rumah beliau telah usang.

Sehingga kini beliau ingin tahu status permohonan beliau sama ada masih diproses atau ditolak. Menurut beliau lagi, mengapa sesetengah dari penduduk di situ mendapat bantuan PPR sedangkan dia yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap tidak mendapat bantuan tersebut. Beliau berkata lagi semacam ada pilih kasih dalam pemberian PPR ini dan masalah ini telah dibangkitkan kepada wakil rakyat di kawasan berkenaan tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil sehingga kini.

Dia sangat memerlukan bantuan kerana tempat tinggalnya sekarang amat daif dan tidak begitu selamat untuk diduduki dan lantai dapur di belakang rumahnya telah rosak teruk. Beliau amat berharap pihak yang berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah beliau dengan segera.
 
Kami menggesa pihak berkuasa dan mereka yang berkenaan boleh mengambil tindakan segera untuk menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Lajong.  Kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan amat dihargai. – HARAKAHDAILY 13/12/2017

- Advertisement -