Tawanan: Boleh dihukum mati atau sebaliknya

- Advertisement -

MENURUT jumhur ulama hukum ini masih tetap berlaku terhadap para tawanan, dan ada imam boleh memilih sehubungan dengan para tawanan itu. Jika dia menghendaki untuk menjatuhkan hukuman mati seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW terhadap para tawanan perang Bani Quraizah, maka ia boleh melakukannya.

- Advertisement -

Jika dia memilih tebusan, maka ia boleh menerimanya seperti yang dilakukan terhadap tawanan Perang Badar. Ia boleh pula melakukan ‘barter’ (pertukaran tawanan perang) untuk membebaskan kaum muslim yang tertawan oleh musuh, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap seorang wanita dan anak perempuannya, yang kedua-duanya hasil tangkapan Salamah Ibnul Akwa’.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Tafsir Surah Al-Anfal Ayat 69-70

Nabi s.a.w. mengembalikan kedua-duanya ke tangan musuh dan sebagai barterannya Nabi s.a.w. mengambil sejumlah kaum muslim yang tertawan di tangan kaum musyrik. Jika imam ingin menjadikan tawanannya itu sebagai hamba belian, ia boleh melakukannya. Demikianlah menurut Mazhab Imam Syafii dan sejumlah ulama. Sehubungan dengan masalah ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para imam ahli fiqh, yang keterangannya disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh pada bab yang membahaskannya.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Hai Nabi, katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tangan kamu, “Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberikan kepada kamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil dari kamu dan Dia akan mengampuni kamu.” Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Akan tetapi, jika mereka (tawanan-tawanan itu) bermaksud hendak berkhianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telah berkhianat kepada Allah sebelum ini, lalu Allah menjadikan(mu) berkuasa terhadap mereka. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana.” (Surah Al-Anfal:70-71).

Muhammad Ibnu Ishaq mengatakan, telah menceritakan kepadaku Al-Abbas Ibnu Abdullah Ibnu Mugaffal dari sebahagian keluarganya, dari Abdullah Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda dalam Perang Badar yang bermaksud, “Sesungguhnya aku telah mengetahui sejumlah orang dari kalangan Bani Hasyim dan lain-lainnya, mereka berangkat ke medan perang kerana dipaksa, padahal tidak ada urusan bagi mereka untuk memerangi kita.

“Maka barang siapa di antara kamu menjumpai seseorang dari mereka – yakni dari kalangan Bani Hasyim, janganlah ia membunuhnya. “Dan barang siapa yang menjumpai Abul Buhturi Ibnu Hisyam, janganlah ia membunuhnya. Dan barang siapa yang menjumpai Al-Abbas Ibnu Abdul Muttalib, janganlah ia membunuhnya, kerana sesungguhnya dia berangkat ke medan perang kerana dipaksa.”

Maka Abu Ruaifah Ibnu Atabah berkata.”Apakah kami membunuh bapa-bapa kami, anak-anak kami, saudara-saudara kami, ahli keluarga kami, lalu kami biarkan Al-Abbas? Demi Allah, jika aku bersua dengannya, nescaya aku benar-benar akan membunuhnya dengan pedang.”

Ketika hal itu sampai kepada Rasulullah s. a.w. maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Umar Ibnul Khattab, “Hai Abu Hafs.” Umar mengatakan, “Demi Allah, sesungguhnya hari itu merupakan hari pertama bagiku menerima julukan Abu Hafs dari beliau s.a.w.” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apakah wajah bapa saudara Rasulullah s.a.w. layak dipukul dengan pedang?”

Umar berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah saya untuk memenggal lehernya. Demi Allah, dia telah munafik.” Abu Huzaifah setelah peristiwa itu mengatakan, “Demi Allah, saya tidak merasa aman kerana ucapan yang telah saya katakan itu; dan saya masih terus-menerus dicengkam oleh rasa takut, kecuali jika Allah menghapusnya dengan menganugerahiku mati syahid.”

Akhirnya Abu Huzaifah mati syahid dalam Perang Yamamah, semoga Allah melimpahkan rida-Nya kepada dia. Disebutkan pula dari Ibnu Abbas bahawa pada petang hari Perang Badar semua tawanan orang musyrik telah diikat, dan Rasulullah s.a.w. tidak dapat tidur pada permulaan malam harinya.

Maka para sahabat berkata.””Wahai Rasulullah, mengapa engkau tidak tidur?” Saat itu Al-Abbas dalam keadaan ditawan oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar.  Maka Rasulullah s.a.w. bersabda.”’Aku mendengar rintihan bapa saudaraku Al-Abbas dalam ikatannya, maka lepaskanlah dia.” Beliau diam, lalu tidur.{/mprestriction}

- Advertisement -