Tun M dinobat PM PH, langkah mengundur

- Advertisement -

PADA Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dikatakan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang memuncak sehingga 85 peratus.

- Advertisement -

Lojiknya di mana DAP menguasai 37 kerusi parlimen dan 96 kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun). Rekod itu paling tinggi dicapai DAP selepas mengambil alih peranan Parti Tindakan Rakyat (PAP), setelah Singapura keluar daripada Malaysia.

Manakala PKR pula menang di 28 kerusi parlimen dan 51 Dun ketika itu. Pengundi Cina juga memilih PKR sebagai pilihan selepas DAP di kawasan campuran. Manakala PAS pula berentap dengan Umno di kawasan dominan pengundi Melayu.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Umno ternyata berjaya mempertahankan hegemoni di kawasan majoriti Melayu dengan menguasai 86 kerusi parlimen. Sebaliknya PAS mampu bertahan 20 kerusi di Semananjung.

Ini bermakna kawasan majoriti Melayu ada 106 kerusi yang menjadi medan pertaruhan antara pembangkang dan Umno. Di Semenanjung Umno menguasai 73 parlimen pada PRU lepas.

Kawasan majoriti Melayu pada PRU 13 keseluruhannya sebanyak 93 di Semenanjung. Jumlah kerusi parlimen di Semenanjung pula sebanyak 165 kerusi. Kerusi yang mempunyai lebih 50 peratus pengundi Melayu sebanyak 114 kerusi.

Manakala lebih 50 peratus pengundi Cina menguasai 22 kerusi parlimen. Selain itu terdapat 29 kerusi campuran.  

Pengundi Melayu menguasai kira-ira 69 peratus kerusi parlimen di Semenanjung, manakala pengundi Cina pula membentuk kekuatan 13 peratus.

Pada PRU 13 PKR juga memenangi 17 kerusi parlimen di kawasan majoriti Melayu. Begitu juga kompenan BN iaitu MCA turut menang empat kerusi di lokasi Melayu.

Sebaliknya kesemua 22 kerusi parlimen majoriti Cina di Semenanjung dibolot DAP.  

PRU lepas juga menyaksikan pembangkang kekurangan 23 kerusi berbanding BN. Pembangkang menguasai 89 kerusi parlimen, manakala BN pula berkubu di 133 kerusi.

Berlaku pertambahan kerusi pembangkang berbanding sebanyak 82 kerusi pada PRU 12.

Persoalan sekarang mampukah situasi PRU 12 dan 13 dikekalkan dalam situasi semua parti berdepan dengan krisis dalaman.

Perpecahan dalaman

Paling teruk menimpa Umno, PAS dan DAP. Umno mengulangi sejarah 1998 di mana gelombang reformasi melahirkan Parti Keadilan Nasional.

Umno yang dianggap sebagai parti teras orang Melayu berdasar kajian sebenarnya menempuh sebanyak 15 krisis besar sejak parti itu ditubuh pada 1946.

PAS pula melahirkan Parti Amanah Negara (PAN) tahun lepas mengulangi babak-babak yang pernah berlaku sehingga melahirkan Islah, Berjasa dan Hamim suatu ketika dahulu.

Pemimpin Islah pada akhir 1980-an bermatian mempertahankan PAS daripada bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46. Mereka enggan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdepan dengan Umno.

Namun akhirnya ramai pemimpin Islah meninggal dunia bersama Umno.  

Sebelum itu bekas Yang Dipertua Agung PAS, Dato’ Mohd Asri Muda meninggalkan PAS pada 23 Februari 1983 selepas krisis dalaman yang berlaku sejak 1982.

Asri kemudian menubuh Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) pada 24 Mac 1983. Sebelum itu PAS juga dilanda masalah dalaman apabila bekas Menteri Besar Kelantan, Dato’ Muhamed Nasir dipecat daripada PAS.

Beliau juga mewujudkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) pada 1977.

Krisis kerajaan campuran Barisan Nasional di Kelantan mengundang perpecahan PAS ketika itu. Akhirnya HAMIM dan BERJASA kembali bertaut PAS pada 1989  bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah.

Apakah nasib yang menimpa kedua-dua parti tersebut juga bakal mendatangi PAN selepas PRU ke-14 nanti.

“Saya melihat PAN tidak mampu bertahan dalam arus politik negara sekarang. Tiada kerangka politik yang jelas bagi menarik simpati rakyat.

“Paling lama pun sehingga PRU 14. Ketiadaan kekuatan kewangan juga menjadi hambatan utama. Itu belum lagi diambil kira pengerak parti di peringkat akar umbi,” kata seorang pemimpin PKR.

Isu itu tidak mampu dinafikan. Perpindahan beberapa kali pejabat PAN Kelantan dari pusat bandar ke pinggir bandar menjadi dalil yang tidak mampu disangkal.

Arus kebangkitan DAP

Sebelum ini PAN digeger mendapat dana daripada DAP. Banjir besar akhir 2014 membawa pemimpin kanan DAP berkunjung ke Kelantan.

Lim Guan Eng tidak menemui kerajaan negeri, sebaliknya mendatangi pemimpin yang bernaung di bawah PAN sekarang.

Dan baru-baru ini Guan Eng mengumumkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan sebanyak RM100,000. Di mana separuh akan diberi melalui kerajaan negeri dan selebihnya kepada NGO.

Pengumuman seperti itu tidak menyukarkan orang ramai membuat telahan, ke mana RM50,000 lagi yang dijanjikan kerajaan Pulau Pinang akan disalur.

DAP mempunyai sejarah panjang dalam kondisi politik di Malaysia.

Isu-isu perkauman yang pernah dibangkitkan PAP diteruskan DAP.

Isu yang menjadi perdebatan selepas PRU 1964 termasuk perjuangan menubuh Universiti Merdeka, bahasa kebangsaan dan kedudukan ekonomi bumiputera.

Ada asas kebimbangan banyak pihak berdasar perkembangan yang berlaku sekarang. Antaranya isu populasi orang Melayu di Singapura sekarang merosot kepada 10 peratus sahaja.

Hari ini orang Melayu di negara bekas tanah milik ketuanan Melayu Johor itu terpaksa berkompromi pemerintah Singapura.

Mereka tiada lagi kuasa politik yang kuat. Sekadar seorang dua yang mewakili kabinet. Apakah situasi seperti itu juga bakal menjelma di Pulau Pinang selepas ini.

Isunya di mana titik mula episod orang Melayu Pulau Pinang seperti menjadi orang dagang di tanah tumpah darah sendiri.

Ada dakwaan yang mengatakan Tun Lim Chong Eu berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan mengambil tanah-tanah mereka.

Tanah orang Melayu dimajukan sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.

Persoalannya adakah situasi yang berlaku ketika di bawah Gerakan tersebut tidak berulang semasa dalam genggaman DAP sekarang.

Lebih memeranjatkan lagi apabila bekas orang kanan Ketua Menteri, Mohamad Razali Abdul Rahman membuat pendedahan yang begitu mengusarkan.

Percaturan politik sekarang dengan kekuatan DAP sebagai dominan Pakatan Harapan seolah-olah turut dirasai Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiba-tiba beliau dicalonkan sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang PRU 14 nanti.

Sedangkan wisel pilihan raya belum lagi dibunyikan. “Anwar ketua umum. Anwar (kata) OK, kita OK,” kata anggota Biro Politik PKR, Dato’ Johari Abdul, seperti dilapor sebuah laman berita Isnin lepas.{/mprestriction}

- Advertisement -