Mulia hatinya!

- Advertisement -

PERJALANAN pergi dan balik sejauh 120 kilometer sehala dari rumah ke tempat kerja di ibukota terpaksa aku tempuhi setiap hari bekerja. Perjalanan jauh memakan masa dan meletihkan. Hari sabtu dan ahad adalah hari cuti tetapi hari sabtu itu, aku terpaksa ke pejabat juga kerana ada kemalangan di bengkel penyelenggaraan di bawah pengurusan aku.

- Advertisement -

Lewat petang sabtu itu aku bertolak balik ke rumah setelah melalui sepanjang hari yang memenatkan. Aku menaiki bas ekspres seperti kebiasaannya di Pasar Seni dan aku duduk betul-betul di belakang pemandu bas ekspress. Tidak ramai penumpang bas pada hari sabtu dan di kala itu.

Selepas melabuhkan punggung di kerusi empuk bas ekspres, sebentar kemudian aku sudah tertidur keletihan tidak sedarkan diri.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

Aku tersedar apabila bas ekspres membrek mendadak. Aku terhumban ke depan dan hampir dagu ku terhentak ke besi penghalang di belakang pemandu.

“Kenapa bang?” Tanya aku kepada pemandu.

“Kereta depan brek mendadak.”

Langit sudah gelap pekat dan jalanraya terang-benderang dengan lampu di sepanjang jalan. Jalanraya ketika itu lurus sejauh mata boleh memandang. Sebuah kereta Wira hijau sedang bergerak sederhana lajunya di hadapan bas.

Sebuah motor kapcai ditunggangi oleh seorang lelaki berada di depan kereta Wira tersebut. Sekejap dia menunggang motornya laju dan sekejap masa yang lain dia memberhentikan motornya mendadak. Sebentar selepas itu, dia melajukan motornya tiba-tiba dan mengangkat tayar hadapan motornya. Wheelie…!. Dia menunggang motor dengan pelbagai aksi memang menyakitkan hati sesiapa yang memandang!

“Padanlah kereta Wira ini bergerak perlahan dan kadang-kadang membrek mendadak, Mat Rempit bahalol di depannya.” Pembantu pemandu bas menghamun sambil membentulkan kedudukan badannya. Mungkin baru terjaga dari terlena di kerusi sebelah.

Darah aku juga menyirap dan geram menguasai perasaan. Jika boleh, mahu aku suruh pemandu bas langgar Mat Rempit tersebut. Biar dia sedar diri, bahawa jalan raya milik semua termasuk kenderaan jauh lebih besar dan hebat dari motor kapcainya itu. Namun hasrat itu terpendam jauh di dalam lubuk hati ku.

Mat Rempit itu berhentikan motornya mendadak di depan lampu isyarat, sehingga tayar depan motornya mengeluarkan bunyi membengitkan telinga dan mengeluarkan asap putih menipis terbang menerawang menuju awan serta tayar belakangnya terangkat sedikit ke atas, sedangkan lampu isyarat dari jauh sudah kelihatan lama bertukar merah.

Kereta wira bergerak perlahan dan berhenti betul-betul di belakang motor seolah-olah aksi menyakitkah hati tadi tidak berlaku sama sekali. Bas aku naiki pula berhenti di sebelah mereka dan aku dapat menyaksikan motor dan kereta Wira itu dengan jelas.

Di persimpangan berlampu isyarat itu, Mat Motor itu memulas minyak memekakkan telinga dan asap motornya pula berkepul-kepul keluar dari ekzosnya dan menghala ke cermin depan kereta Wira.

Berkepul pula asap motornya berkumpul di hadapan cermin kereta itu.

Kawan-kawan motornya tiba dari arah belakang kereta Wira dengan pelbagai aksi dan ragam menunggang motosikal. Ada yang mencelah antara Wira dan bas dalam keadaan terhoyong-hayang.

Sebuah motor hilang kawalan dan tergesel dengan kereta Wira. Sebuah lagi terlanggar cermin sisi kereta dan terkulai bergantungan cermin sisi kereta tersebut.

Pemandu kereta Wira seorang berusia sekitar setengah abad berbaju Melayu dan berkupiah putih. Wajah pemandu Wira nampak tenang berseri dan mulutnya terkumat-kamit mengulangi perkataan ringkas berulang-ulang. Dia kelihatan bersahaja berhadapan dengan gelagat mat-mat motor itu.

Mat-mat motor itu semuanya berkumpul di depan kereta Wira. Ada yang sudah terlajak dan berada di hadapan garisan jalan tanda berhenti. Dalam kelompok penunggang motor itu ada beberapa pasang merpati sedang berkasih agaknya. Sepasang sedang bercanda dan akhirnya mereka berciuman di khalayak ramai.

Adegan bercumbu menjolok mata itu mendapat perhatian kawan-kawannya yang lain dan mereka bersorak kegembiraan. Hampir semua penunggang motor mengangkat tangan sambil menunjukkan minuman tin dan botol kelihatan seperti botol kicap mereka. Dalam kesamaran malam, aku hampir yakin sepenuhnya bahawa tin dan botol itu adalah air syaitan berjenama dikenali umum.

Pemandu kereta Wira nampak gelisah lalu membunyikan lembut hon Wiranya membuatkan penunggang-penunggang motor itu, terbantut aksi kegembiraannya dan segelintir kejengkelan.

Ramai yang membunyikan hon motor masing-masing pula tetapi dengan nada bengis membengitkan.

Seorang menunjukkan tanda isyarat tangan lucah tanda protes kepada teguran dengan hon pemandu Wira.

Mat rempit mula-mula muncul tadi, tiba-tiba menunggang laju meluru ke depan sedangkan lampu isyarat masih lagi merah. Tali topi keledarnya tidak diikat dan berterbangan ditiup angin. Sebentar kemudian lampu bertukar hijau dan kawan-kawan juga meluncur laju mengikuti kawannya tadi.

Belumpun jauh motor pertama meluru laju, motor tersebut tidak semena-mena terbabas ke jalan sebelah dan bertembung dengan sebuah kereta pacuan empat roda. Bunyi pelanggaran itu sangat dahsyat seperti bunyi petir membelah bumi.

Penunggang motor terpelanting terbang ke hadapan dan terhempas di cermin pacuan empat. Topi kaledarnya pula terpelanting melayang ke belakang kereta pacuan empat roda. Tubuh penunggang tadi layu dan kaku dibatas bonet enjin pacuan empat roda tersebut.

Kawan-kawan motornya berhenti mendadak, kaget sebentar dan mula mengelilingi pacuan empat roda. Ada yang membunyikan hon dan baran-baran memarahi pemandu pacuan empat roda.

Kereta Wira berhenti di bahu jalan sebelah tempat kejadian. Dia keluar dari keretanya dan cuba menenangkan keadaan. Tindakan beraninya itu juga menjadi bahan kemarahan mat-mat motor itu pula. Keluar pemandu kereta pacuan empat roda dalam keadaan terpinga-pinga. Mungkin kepeningan akibat pelanggaran. Mat-mat motor tiba-tiba bercempera melarikan diri ketakutan.

Hairan!

Bas aku pun sampai dan berhenti di bahu jalan di belakang kereta Wira. Aku, pemandu, pembantu pemandu dan beberapa orang penumpang keluar dari bas dan bergegas menuju ke tempat kejadian.

Pemandu bas pula secara sukarela mengawal keadaan lalu-lintas yang semakin sesak di situ.

Apabila aku sampai di sisi kereta pacuan empat roda, aku lihat pemandu kereta itu berseluar birutua, berbaju T putih dan berkasut hitam berkilat. Di dalam kereta bergantung baju biru tua dan ada bintang dan mahkota di bahu bajunya.

“Padanlah semua mat rempit itu lari ketakutan. Pengecut. Sampai kawan sendiri ditinggalkan mati Sendirian.” Bisik hatiku.

Aku saksikan sendiri bagaimana pemandu Wira dan pacuan empat roda mengangkat penunggang motor dengan penuh berhati-hati dari atas bonet enjin kereta pacuan empat roda dan meletakkannya juga dengan penuh berhati-hati di bahu jalan. Penunggang motor itu sudah berlumuran muka dan bajunya dengan darah. Begitu juga dengan baju dan lengan pemandu Wira dan pacuan empat roda.

Bonet enjin pacauan empat roda remuk sedikit dan bertompok darah merah di atasnya. Rim motor bengkok hampir berbentuk huruf lapan dan banyak komponen lain hancur berkecai.

Penunggang motor di bahu jalan sedang mencungap-cungap seperti tiada lagi udara di sekeliling untuknya. Keadaanya seperti nazak menunggu penghujung hayatnya! Pemandu Wira melutut di sisinya, membetulkan badan dan tangan penunggang motorsikal itu agar lebih selesa. Dia kemudiannya meletakkan tangannya di dada kiri penunggang motorsikal sambil membisikkan kalimah tauhid ke telinganya tetapi tidak kelihatan penunggang motor itu menuruti kalimah itu.

“Kenapa Pak Haji bantu Mat Rempit ini. Biar dia mampus. Menyusahkan orang saja.” Marah pembantu pemandu bas kami.

Pak Haji tadi tidak menoleh dan tidak juga mengendahkan langsung kemarahan pembantu pemandu bas itu dan terus membisikkan kalimah tauhid tanpa jemu.

“Sabar… sabar…” Pemandu pacuan empat roda menahan pembantu pemandu bas ekspress dengan tangannya, mungkin untuk menenangkannya.

Aku hanya tercegat di sisi Pak Haji tanpa berbuat dan berkata apa-apa. Kaget mungkin kerana pertama kali menyaksikan kemalangan sedasyat itu. Tiba-tiba rasa terharu menyelinap di dalam kalbu… Sudahlah Pak Haji itu dimarahi dan didajali oleh penunggang motor dan kawan-kawannya tadi, namun dia tetap tenang dan membantu mangsa kemalangan itu seperti tiada apa-apa kejelekkan yang dilakukan mereka sebentar tadi.

“Mulianya tuan haji ini. Kalau aku, sudah aku tendang mat rempit ini atau aku maki dia. Paling tidak, aku tinggalkan dia mampus di atas bonet enjin kereta pacuan empat roda itu. Ini jelas bukan manusia tetapi mungkin malaikat atau wali yang mulia!” Bisik hati aku lagi. Geram hati aku mungkin segeram pembantu pemandu bas, namun tidak gamak aku untuk meluahkan dalam bentuk lisan.

Aku terpandang kupiah putih Pak Haji itu. Ditengahnya ada lambang empat segi dan bulat putih ditengah-tengahnya.

“Padanlah hatinya mulia…” Bisik hati aku berpuas-hati.

Makin ramai yang memberhentikan kereta di bahu jalan dan mengerumuni Pak Haji dan penunggang malang itu. Mungkin mereka ingin tahu.

“La ilaha illallah…” Penunggang motorsikal mengucapkan kalimah tauhid dengan suara lemah tetapi jelas aku mendengarnya.

“Alhamdulillah… Allahu Akbar…” Pak Haji mengucapkan kalimah tahmid dan takbir dan dituruti oleh beberapa orang yang lain.

“Sekurang-kurang penunggang motorsikal ini mampu menyebut kalimah tauhid di hujung lidahnya ketika nazak. Kita ini semuanya belum tahu lagi.” Pemandu kereta pacuan empat roda bersuara sayu dan menambah perasaan sayu aku.

“Tugas kita mengajak manusia ke syurga dan menghalang mereka ke neraka. Itulah tugas para nabi dan rasul. Jangan pula kita melakukan sebaliknya atau membiarkan manusia ke neraka tanpa berbuat apa-apa. Jika anak muda ini, anak kita semua…adakah kita biarkan dia meninggal kemalangan begitu saja dan tanpa diajar kalimah tauhid di telinganya?” Pak Haji pemandu Wira pula bersuara berkhutbah ringkas sambil memandang kepada kami semua.

Penunggang kelihatan masih bernafas sukar. Perasaan sedih makin menebal dan aku kembali bergerak menuju ke bas kerana tidak lagi sanggup menyaksikan adegan seterusnya. Ketika menaiki tangga bas, aku teringat banjir besar berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, rupanya ramai lagi insan-insan mulia seperti Pak Haji ini di tanah ini.{/mprestriction}

- Advertisement -