Masih ramai pelarian Marawi perlu bantuan

- Advertisement -

DI SEKITAR perkampungan Kadayunan II, Marawi, Mindanao terdapat lebih dari 1,000 pelarian yang berdepan kesukaran mencari rezeki ekoran perang yang berlaku baru-baru ini.

- Advertisement -

Kehadiran NGO Yayasan Amal Malaysia hanya dapat mengagihkan beras dan sardin untuk keperluan 300 keluarga sahaja.

Marawi 2Ketua delegasi Yayasan Amal Malaysia, Nawawi Sulong berkata, sumbangan yang sempat diagihkan kepada pelarian Marawi sekadar untuk keperluan 300 keluarga sahaja pada misi kali ini.

Sedangkan, katanya masih ramai pelarian terbabit memerlukan bantuan namun bekalan yang dibawa Yayasan Amal tidak mencukupi.

“Kami diberitahu di luar Marawi masih ramai lagi pelarian yang memerlukan bantuan umat Islam dari luar Filipina,” ujarnya ketika ditemui di pusat agihan sumbangan Kampung Kadayunan II, Marawi City, hari ini.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan percuma turut disediakan dengan kerjasama Amal Malaysia dan Bangsamoro Development Agency (BDA) yang diketuai Dr Safrullah D Patuan.

Dua doktor memberi khidmat termasuk seorang doktor dari Amal Malaysia. – HARAKAHDAILY 8/12/2017

- Advertisement -