Umpan ‘dana bantuan’ merosakkan diri dan gerakan

SEJAK selepas penjajahan Barat yang dikenali dengan Imperialisme, umat Islam sentiasa bangkit membawa seruan Islam. Jatuhmya khilafah, maka gerakan Islam mengambil peranan mengisi kekosongan peranan Al-Jamaah yang perlu ada untuk membawa hidayah Islam.
 
Setiap kebangkitan akan dipimpin oleh pemimpin pemimpin yang silih berganti untuk membawa obor perjuangan. Menjelang era selepas 1950, dengan tertubuhnya negara haram Israel, gerakan Islam cepat berkembang walaupun beberapa tokoh Islam timur tengah terbunuh dan terkorban seperti Assyahid Hasan Al Banna dan Abdul Qader Audah.
 
Kehebatan generasi era tersebut menimbulkan kebimbangan musuh Islam dan imperialis Barat yang menjajah dengan cara baru melalui globalisasi ekonomi dan politik. Muncul gerakan Islam dan Pimpinan di Mesir,  Syria, Iraq, Libya, Tunisia,  Morocco dan lain lainnya. Malah, gerakan yang nampak lemah ini mampu membantu Mesir mengalahlan Israel selepas kalah dalam Perang 6 hari di era 60 an.
 
Akhirnya musuh Islam mula mencari jalan melemahkan gerakan Islam dengan cara halus dan licik.
 
Gerakan Ikhwan Syria, bangkit dalam pertembungan dengan regim Hafez Assad. Syeikh Marwan Hadid syahid dalam perjuangannya. Namun, peristiwa yang melibatkan Ikhwan Syria telah menggambarkan bagaimana wujud perselisihan dalaman kerana ada pimpinan termakan ‘Dana’ dan ‘Bantuan’ dalam mengurus tekanan yang dihadapi. Gerakan Syeikh Marwan Hadid dan kumpulannya dikalahkan selepas bantuan yang dijanjikan dari Iraq tidak berlaku.
 
Kesan pemberontakan ynng tinggal menjadi lebih parah apabila rakyat yang sokong pemberontakan ditindas teruk tetapi pemimpin yang lain selamat kerana termakan ‘bantuan’. Selepas reda pemburuan, datang untuk memimpin semula kebangkitan, namun rakyat tidak lagi percaya kepada Pemimpin yang menerima ‘bantuan’ luar tatkala mereka pula derita.
 
Di era terkini, Gerakan Zionis berjaya mendapat apa yang dimahukan kerana berjaya mengucar kacirkan Barisan Gerakan Islam yang termakan ‘Dana’ dan ‘Bantuan’ melalui proksi-proksi mereka.
 
HAMAS dan Islah (Yemen) tidak terkecuali daripada permainan halus politik Zionis dan sekutu-sekutu serta proksi mereka. Qatar menjadi power player memberi ‘bantuan’ kepada Palestin,  Mesir dan Syria. UAE dan Saudi dengan cara yang sama di Yemen, Sudan dan kawasan African Horn.
 
Situasi yang sama, tidak mustahil berlaku kepada gerakan Islam di Malaysia. Tidak berhati hati dengan ‘Dana’ dan ‘bantuan’ boleh menyebabkan boleh didorong untuk membuat kesilapan yang buruk dan memusnahkan.
 
Israel mahu menguasai Palestin, tidak dapat semua sekali, dapat apa yang boleh dahulu. Mereka dah tawan Palestin sejak 1948. Menguasai jalan masuk ke Jerusalem. Lalu bergantung kepada Amerika. Solusi Dua Negara Palestin supaya dunia iktiraf Israel. Kesatuan Arab dipecahkan, kemaraan Gerakan Islam disekat dengan seni politik licik yang tidak diwaspadai umat Islam dengan baik.
 
Awasi ‘Dana’ dan ‘Bantuan’ dari musuh politik atau rakan politik supaya tidak termakan kelicikan politik musuh utama Islam.
 
AHMAD HAKIMI OTHMAN – HARAKAHDAILY 7/12/2017