PASRelief sampaikan sumbangan kepada pelarian perang Syria

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan PAS (PASRelief) yang membawa Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria berjaya tiba di Antakiya-Hatay iaitu sempadan Turki – Syria untuk agihan sumbangan makanan dan selimut kepada pelarian perang di negara itu yang berhadapan cuaca ekstrem musim sejuk.

- Advertisement -

 

Delegasi diketuai Timbalan Pengarah PASRelief, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang juga Ketua Muslimat PAS Malaysia serta disertai Bendahari PASRelief, Mohd Adram Musa dan dua Ahli Jawatankuasa PASRelief, Dr Rosni Adam dan Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman selain beberapa wakil dari NGO dan parti politik dari Malaysia.

 

Misi tersebut membawa 1,200 pek makanan dan 1,000 set selimut hasil sumbangan orang ramai melalui PASRelief, Yayasan Kubra, Yayasan Afdlin Shauki dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan dua kontena untuk diagihkan di kem-kem pelarian di mana usaha tersebut telah dibantu oleh NGO Cansuyu Turkey dan Parti Saadet yang menjadi pengurus lapangan dengan bantuan dan sokongan penuh.

 

Orang ramai masih berpeluang menyumbang untuk para pelarian perang Syria menerusi PASRelief yang akan mengadakan misi lanjutannya selepas ini dengan menyalurkan ke akaun Maybank 5640 7061 2333 atas nama PASRelief dan sebarang pertanyaan boleh hubungi +6012-596 9220 (Muhammad Sanusi) atau +6013-384 5555 (Mohd Adram).

- Advertisement -