Al-Quds: Masjid diseru anjur demo, khutbah khas

MAzmiAH
- Advertisement -

MAPIM seru seluruh masjid adakan demonstrasi seluruh negara isu pengambilalihan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Yahudi yang diisytihar oleh Presiden AS Donald Trump kelmarin.

- Advertisement -

Khutbah Jummat perlu dibaca khas untuk isu ini. Maruah umat sedang di cabar oleh AS dan Israel.

Ada negara Arab yang mengkhianati umat dengan bersekongkol dengan AS dan Israel.

Seluruh umat Islam dan pencinta kebenaran perlu bangkit segera menyatakan bantahan keras terhadap pencabulan Zionis ke atas Baitul Maqdis.

Kesedaran mengenai kepentingan mempertahan al-Quds perlu dicetuskan di seluruh negara di semua peringkat.

Pengumuman Trump mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel bermakna seluruh kota suci dan Masjid al-Aqsa sudah dikuasai mutlak oleh Zionis Yahudi.

Ini jenayah besar ke atas Umat Islam yang tidak boleh dikompromi.

Setiap imam di setiap masjid perlu memimpin kebangkitan pada Jumaat ini sebagai hari kemarahan umat seluruh negara.

Inilah masanya umat bersatu demi al-Quds dan Masjid al-Aqsa.

Jangan ada khilaf politik mahupun perpecahan sektarian yang menghalang umat bersatu menentang Zionis dan membebaskan Masjid al-Aqsa dan al-Quds.

MOHD AZMI ABDUL HAMID
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
18 Rabiul Awal 1439/7 hb Disember 2017 – HARAKAHDAILY 7/12/2017

- Advertisement -