100 pelarian Marawi perlu bantuan antarabangsa

- Advertisement -

TERDAPAT lebih 100 pelarian daripada 20 keluarga masih menumpang di Ma’ahad Al-Nor Islamie di Tomas Cabili, Bandar Iligan, Mindanao sejak peperangan berlaku di wilayah berkenaan.

- Advertisement -

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah, Zulikifli Baharom berkata, mangsa pelarian Marawi  berada di penempatan tersebut sejak Mei 2017 lalu dalam serba kekurangan dan daif.

Zulkifli Baharom“Di sini ada lebih 100  pelarian pelbagai peringkat umur. Mereka berada di sini sejak Mei lalu iaitu sudah tujuh bulan berada di sini dalam keadaan serba daif dan kekurangan.

“Kehadiran kami sekurang-kurangnya dapat membantu apa-apa keperluan mendesak yang diperlukan  pelarian. Mereka serba kekurangan dan tiada pekerjaan.

“Antara yang diperluan ialah makanan, pakaian serta pendidikan untuk anak-anak pelarian. Apa yang kita bawa pelbagai makanan termasuk beras. Selain itu wakaf al-Quran daripada umat Islam di Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat kem penempatan sementara bersama delegasi Amal Malaysia di Ma’ahad Al-Nor Islamie di Tomas Cabili, Iligan City.  

Amal Malaysia terlibat secara aktif membantu mangsa pelarian Marawi sejak beberapa bulan lalu dan kali ini merupakan misi keempat. – HARAKAHDAILY 7/12/2017

- Advertisement -