Penjelasan Khalid hadiri Konvensyen Umno Selangor

- Advertisement -

BEKAS Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima jemputan menghadiri Konvensyen Umno Selangor 2017 yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

- Advertisement -

Ahli Parlimen Bebas Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Adun Pelabuhan Klang itu menulis berhubung jemputan itu menerusi laman facebook beliau, sebagaimana di bawah.

Menerima jemputan menghadiri Konvensyen Umno Selangor 2017. Saya menyambut baik semua usaha untuk memperkasakan perpaduan umat Islam baik dari pihak kerajaan atau pembangkang. Saya yakin pendekatan ini jauh lebih efektif daripada hanya menyokong satu pihak yang gemar melaungkan retorik keadilan tanpa komitmen untuk melakukan reformasi sebenar. Apa pun, saya tidak akan melepaskan prinsip amanah, telus dan bertanggungjawab dalam segala tindakan dan keputusan. – HARAKAHDAILY 2/12/2017

- Advertisement -