Sejarah sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka

- Advertisement -

SISTEM Pendidikan di zaman Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah memberi kesan dalam mewujudkan polarisasi kaum  di Tanah Melayu. Hal ini kerana dasar British yang telah membuat pemisahan kaum terutamanya dalam aspek pendidikan telah mewujudkan polarisasi di Tanah Melayu.

- Advertisement -

Sistem pendidikan yang diwujudkan di Tanah Melayu begitu jelas berorientasikan kepentingan perkauman dan telah mewujudkan sekolah-sekolah vernakular yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah.{mprestriction ids=”1,2,3,4,5″}

 

Pada peringkat ini pendidikan di Tanah Melayu telah dikelolakan, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa pentadbiran penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Pentadbiran pendidikan di Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu `pecah dan perintah’ serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi British .

Sistem pendidikan pra kemerdekaan 1 Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

1.Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
2.Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
3.Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
4.Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Penyata Rahman Talib dan Akta Pelaporan Pelajaran 1961

1.Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
2.Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
3.Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
4.Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
5.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
6.Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Laporan Kabinet 1979

1.Penegasan kepada pendidikan asas 3M membaca, menulis dan mengira
2.Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini
3.Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia
4.Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
5.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
6.Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran keseluruhan

Rang Undang-Undang

•Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
•Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
•Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
•Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara
•Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan
•Tempoh pendidikan rendah adalah antara 5-7 tahun
•Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan
•Pendidikan teknik & politeknik dipertingkatkan
•Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Pelan induk pembangunan Pendidikan 2006-2010
 
PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP telah menggariskan enam teras:

•Membina Negara Bangsa
•Membangunkan Modal Insan
•Memperkasakan sekolah Kebagsaan
•Merapatkan jurang pendidikan
•Memartabatkan profesion Perguruan
•Melonjakkan kecemerlangan Institusi Institusi pendidikan

Dasar baru Kementerian Pendidikan 2013-2025

VISI- Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera
MISI- Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi
Individu bagi memenuhi aspirasi negara.

‘Ucapan Tan Sri Dato’ Mahyuddin Mohd Yassin Dalam Pelancaran Dasar Baru KPM 2013-2025’ ;

“Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan Negara untuk tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di Negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21.

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan Negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya setiap murid di Negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika dan rasa tanggung jawab sebagai warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka, keluarga dan Negara serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran”

Matlamat pendidikan di Malaysia

•Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
•Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera
•Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan Negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Cadangan dan komentar

Bagi mencapai  matlamat di atas:

1.Bagaimana Pendidikan boleh membentuk perpaduan. Iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua rakyat. Sebagaimana yang berlaku sekarang ini. Begitu juga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pembelajaran. Bahasa akan menjadi alat perpaduan.

2.Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama adalah cara paling penting untuk menyatu padukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Mata Pelajaran Inggeris diwajibkan bermula dari sekolah rendah lagi. Manakala bahasa China dan Bahasa Tamil sebagai subjek elektif kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Saya agak terkejut dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan; “Sekolah aliran Inggeris wajar di wujudkan semula bagi meningkatkan daya saing rakyat sebagai langkah persediaan menempuhi cabaran Revolusi Perindusterian 4.0”.
( Petikan akhbar KOSMO, Selasa 21 Nov 2017, m.s 12)

3.Agama Islam sebagai subjek wajib lulus SPM untuk pelajar muslim dan pendidikan moral kepada non muslim: Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia.

4.Kurikulum yang sama: Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma-norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk mmbina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi

5.Peperiksaan yang seragam: Kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam.

6.Perkasakan Peranan PIBG: PIBG sepatutnya dijadikan sebagai satu medan mengadakan ‘forum’ untuk berbincang dan bertukar-tukar fikiran serta berunding dalam suasana muhibbah bagi menyelesaikan masalah sekolah supaya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah.

Pendidikan Islam

Pendidikan dalam Islam adalah pendidikan sepanjang hayat. PendidikanIslam ialah suatu proses membentuk, melatih dan membimbing seluruh potensi yang ada pada manusia sama ada akal, jasmani dan rohani bersumberkan bimbingan ilahi untuk melahirkan insan soleh yang menjadi penguasa dan membangunkan dunia ini. Islam memberi penekanan kepada beberapa prinsip utama dalam mendidik manusia iaitu:

•Pendidikan Tauhid merujuk kepada surah Luqman: ayat 13, bermaksud:  “Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa ia memberi nasihat kepadanya, wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain) sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”

•Pendidikan akal dan ilmiah surah al’Alaq:96: ayat 1-5, bermaksud:
“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhan mu, yang menciptakan sekalian makhluk, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhan mu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.”

•Pendidkan Akhlak, Sabda Rasululah s.a.w yang bermaksud:  “Sesungguhnya aku diutuskan untk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”
•Pendidikan Kesihatan: kata-kata Hukama; ‘Akal yang waras berada pada badan yang sihat’.

Kesimpulan

•Matlamat pendidikan dalam Islam ialah untuk membentuk manusia yang beriman, berakhlak tinggi, sihat dan beramal soleh. Begitu juga menyedarkan manusia tentang tugas dan peranan mereka sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini.

•Pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan Negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat majmuk maka dasar pendidikan perlu dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat.

•Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa dan agama. Perkasakan pendidikan Islam yang bersifat holistik kerana Islam sebagai agama rasmi Negara sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.{/mprestriction}

- Advertisement -